-

Friday, 10 February 2012

Langkawi Part4

ABC yang cuma berharga RM2.50
Masing2 dah kelaparan, maka sesi mencari tempat makanan. Saya suka makan Somtam(sejenis makanan thai). Ada satu tempat yang sedap yang kami pernah makan iaitu di Restoran Airport Corner yang berdekatan dgn airport. Sesuailah dgn nama restoran itu. Tapi sayangnya, kedai itu tutup. Kami pun gerak untuk mencari kedai yang jual Somtam. Alhamdulilah 1st tempat yang kami singgah memang ada jual Somtam, nama kedai tersebut Restoran Selera Pattani.

Mencari gali bahan2 dlm Laicikang


Somtam
Feqah bantai tidur sepanjang makan malam. Jadi saya dan En.H bergiliran makan semata2 nak bagi feqah tidur dalam kereta.

 
Sempat tapau mini karipap untuk kudapan2 untuk sesi merayau2 di malam hari

Gerai Jualan @ Pantai Cenang
Lepas makan, merayau2 di sekitar Pantai Cenang. Cuma beli 5 KeyChain dan 1 Fridge Magnet yang cuma bernilai RM9 sahaja. Tapi sayangnya hasil pembelian terjatuh tanpa kami sedar. Tu dek kerana along mengantuk, katanya dia pegang tapi sedar2 benda dah tak de bila balik ke bilik.

Pilih-pilih

Menambahkan koleksi Fridge Magnet yang ada

  
Misi diteruskan ke Dataran Lang. Sekadar merasa hembusan angin laut. Kami selalu dtg ke sini time malam, kerana saya rasa sgt sesuai melepaskan anak2 di area sini dengan angin laut yang nyaman.

No comments:

Post a Comment