Kacang Shandong RM1 paket (50g) |
2 paket kacang Shandong nii saya beli untuk di makan di ofis. Entah macam mana saya tersalah masuk ke dalam handbag. Maka 2 paket kacang ini di bawa pulang ke rumah. Sesi melicinkan kacang ini mengambil masa yang sekejap sahaja. Maklum la cuma 100g kacang (2 paket) dimakan oleh 5 orang.
Kacang Shandong RM9.90 paket (700g) |
Maka keesokan harinya saya pun ke kedai borong makanan ringan berdekatan ofis saya. Nama kedai tersebut ialah KWC Wholesale. Terletak di belakang Plaza Hotel KL dan berdekatan dengan Grand Continental Hotel.
Alang2 dah ke sana saya juga membeli satu paket keropok kentang. RM11.60 untuk 1 kg. Boleh ngap ngap sepuasnya. Jika di beli di kedai runcit sekali ngap dah habis keropok tersebut yg berharga RM1.
Keropok Kentang. Kami panggil keropok roda sebab rupanya seperti roda. |
No comments:
Post a Comment