Ramai nak check in |
Sabtu 4hb, jam 9.00 a.m kami menaiki teksi untuk ke airport Subang. Cuma 15 minit dari Bandar Kinrara ke Subang Airport. Tambang teksi cuma RM21 sahaja. Sampai di airport agak ramai orang memangkan cuti panjang. Kami check in awal memandangkan banyak counter di buka dan open check in.
Untuk perhatian ibu2 yang hamil |
Cuma 14.2 kg sahaja |
Bfast @ Mc D sambil2 tgk view kat luar |
Selesai checkin, dan memandangkan masih awal. Along dan En.H lepak2 di lobi airport. Manakala saya, Mukhriz dan Feqah ke Mc Donalds. Cuma order 2 happy meal. Mainannya robot Power Ranger dan Doll. Dapat la sorang 1 mainan.
Selesai saya melayan 2 beradik ini. Kami semua ke bilik menunggu. Gate 3 untuk penerbangan ke langkawi. Seat kami 9A,9B, 9C,9D dan 10C. Memandangkan firefly ke langkawi cuma ada 2 seat utk setiap row maka saya duduk dgn Mukhriz, En H dgn Feqah dan Along duk sorang2. Saya jika ke mana2, memang En.H akan mengambil tugas untuk layan si kecil. Dulu seblm ada Feqah. En.H la yang layan Mukhriz. Bila dah ada Feqah, En.H pula kan duduk dgn Feqah. Alasannya anak2 sgt patuh kepada arahan papa dr mama.
Penerbangan mengambil masa 1 jam 15 minit. Kami dihidangkan pilihan kacang dan coklat muffin. Minuman pula air guava dan fresh orange. Jadi buat la pilihan masing2. Jam 12.15 kami mendarat di Langkawi.
No comments:
Post a Comment