Sabtu malam kami ke pameran tersebut. Sekadar meninjau aktiviti yang dijalankan. Ramai juga kami lihat yang datang berkunjung ke sana. Alang2 pergi semestinya membeli serba sedikit.
|
2 bungkus sotong bakar di tapau |
Perkara pertama yang menarik perhatian saya, ialah sotong bakar di tabur kacang tanah. Harganya RM10 satu bekas. Sotong tu perlu di gelek terlebih dahulu. Mesin penggelek tu seperti mesin pengisar air tebu.Kemudian dibakar. Seterusnya ditabur dengan kacang tanah yang dikisar. Time2 inilah teringat kat Ayah kat kg. Sotong bakar ini, salah satu kegemaran ayah dan mak.
|
Satar ni akak tak mau yang hangus tau. |
Malam tu mak saya ada dgn saya, mak dtg ke KL atas urusan tertentu. Oh alangkah indahnya dapat makan bersama ayah dan mak makanan kegemaran mereka ini. Walaupun cuma mak yang ada, saya sgt gembira dapat makan bersama.
|
Hamster Winter White. Seekor RM18. |
|
Landak Afrika |
Kalau dah hasil tani semestinya ada haiwan peliharaan. Beberapa gerai menjual haiwan pelihara. Menarik minat Feqah dan Mukhriz.
|
Kopie Satu. Satu je share 3 beradik. |
No comments:
Post a Comment