-

Friday, 10 February 2012

Langkawi Part 3


Selepas urusan kereta baru jam 12.40. Nak check in hotel agak awal. Kami mengambil keputusan untuk makan di gerai yang mengadap laut dan berbelakangkan airport. Memandangkan anak2 saya dah besar dan gerai baru buka maka kami memilih gerai Laksa Pulau.

Kalau ada anak kecil agak tak sesuai sebabnya keadaan tempat yang tak rata, mau tumpah air or makanan. Kalau gerai ni dah lama bukak pun tak sesuai sebabnya mau segala habuk2 jalan terkena makanan. Memandangkan keadan anak dah besar dan time yg agak sesuai, kami nikmati makanan dgn seleranya. Nak2 dah lunch time nii, apa lagi yummy2.


Menu yang diorder ialah 2 laksa, 2 pasembor, 2 cendol pulut dan 3 air cincau. Bestnya. Laksanya ada telur sebiji. Licin kami sekeluarga makan. Bkn itu saje kami siap tapau lagi sebabnya kami rasa nak makan lagi tapi perut dah kenyang.3 nasi lemak, 1 air cincau dan 1 pasembor kami tapau untuk makan di hotel nanti.


 Bila nak bayar, kami tgk angka di calculator cuma RM26.40. Ohh...murahnya.


Selesai makan kami terus ke Kuah untuk check in hotel. Saya memilih Grand Continental (3 star). Memandangkan cuma 1 night dilangkawi saya book hotel last minute. Book melalui agoda.com.my. Cuma RM145 untuk superior room termasuk breakfast. Sewa kereta (RM160) lebih mahal dari bilik 1 night. Kenapa saya pilih hotel 3 star dan lebih murah dari sewa kereta kerana saya mau shopping dan ronda2 langkawi. Tak mau duk terperap di hotel. Taktik seorang isteri nak agak En.H teman shopping dan jejalan.


Kami sampai jam 1.50 di Grand Continental. Walaupun check in sepatutnya pukul 3.00 tapi kami dapat check in awal. Alhamdulilah. Kami redah je, kalau x dapat check in awal kami ronda2 dulu pekan Kuah. Dah dapat check in awal, lagi kami suka. Nak nak dah kekenyangan nii. Number bilik 237.


Masuk bilik tgk tingkap, adusss ngadap kolam. Maka Mukhriz dan Feqah meronda2 nak main kolam. Walaupun kenyang, bila letak jee makanan atas meja, masing2 tak lepaskan peluang untuk makan.


Saya warning mereka "kalau sapa nak main kolam, tidur dulu, kalau tak mama tak nak bawa, pukul 4 kita gi kolam". Semua patuh , kami layan zzzzz sampai kul 4. Pandai lak 2 beradik nii terjaga dekat2 pukul 4. Janji tetap janji. Apa lagi ke kolam la kami semua.


Walaupun kolam biasa2 saje, tapi anak2 main tak ingat. Naik dah dekat maghrib. Ramai bebudak kat kolam tu, lagi seronok la anak2 saya sebab mereka sgt sporting dan peramah. Anak2 saya join mereka2 yang ramai itu.

No comments:

Post a Comment