2nd day sesi shopping. Lepas check out hotel terus ke Jetty Point. Tinjau2 apa yang berkenan. Tapi tak beli apa2 pun di Jetty Point.
Seterusnya ke kedai Rams. En.H dan along lepak kat Restoran Dayang untuk minum. Saya, Mukhriz dan Feqah terus ke kedai. Sebelum beli saya snap dulu apa2 yang berkenan, nak request kat En.H. First pergi tak beli apa2. Habis servey, saya ke Restoran Dayang untuk lunch.
5 daim dimasukkan ke dalam bakul(cuma RM15.90 perpaket) |
Kami sekeluarga lunch time bersama. Benda2 yang saya snap saya tunjukkan kat En.H, dia bagi green light. Boleh nak beli dgn syarat tak lebih dari RM500. Bagi saya RM500 pun dah cukup baik,dapat la beli serba sedikit. 1 set Correle, 2 dozen minyak gamat, coklat (siap budget nak beli sebyk RM120 je), bekas tisu (20 biji), 1 bekas sudu dan 2 tempat pemegang senduk. Alhamduliah, pembayaran seperti yang dibudgetkan.
Sesi memilih kasut Nike di Al-Ikhsan |
Kemudian kami ke Al-Ikhsan, melepak kat sana dlm 2 jam. Melayan En.H, Mukhriz dan Along dlm pemilihan baju, kasut dan football glove. Untuk 3 barang di Al-ikhsan cuma RM250 sahaja (1 kasut nike, 1 football glove Umbro dan 1 t-shirt Nike).
Feqah layan games sementara menunggu papa dan abangnya |
Langkawi Parade |
Kinder bueno - ambil yang kecil je tau anak2 |
Cuma ambil 1 fruit mentos (RM11.90)
Teluk Quay
Memandang masih ada masa sebelum flight pulang, destinasi seterusnya Teluk Quay. Walaupun dah byk kali ke sana, tapi saya ke sana juga semata2 nak habiskan masa .
No comments:
Post a Comment