voucher jusco & mph dah nak expired |
Dek kerana voucher MPH yang bernilai RM5 dan 2 voucher jusco yang RM10 inilah saya ke Midvalley ahad lepas. Sambil2 membawa anak2 jejln. Hanya 2 jam lebih sahaja kami di sana. Sampai di sana jam 11.30. Agak pelik bila tgk parking di midvalley masih banyak. Zone B. Parking P2 masih terdapat 400 lagii (refer trafic parking yaa..bkn saya kira). Selalunya kalau ke sini dah 11.30 memang tak de harapan nak parking. Selalunya saya kan parking kat The Garden. Maybe org dah habih shopping kot. Asyik sale je kan.
Bila dah ngadap games tu mana dihiraukan makanan |
Sesi memilih spek |
Lepas makan kami ke jusco. Dah lama dah Feqah nak Spek Mata. Permintaaan nak spek nii tercetus dek kerana Feqah tak puas hati bila En.H membelikan saya spek itam sempena Aniversary Dec thn lepas. walaupun permintaan Feqah tak la mahal sgt, tapi saya rasa benda tuu tak perlu sgt. So saya abaikan permintaan itu dulu.Memandangkan saya tak de nak beli apa2, jadi saya melayan la kehendak Feqah kali ini. Teruja dia bila saya bagi green light boleh beli. Reganya cuma RM29.90 ada lak 20% diskaun dapat la dlm RM23.92. Tolak voucher RM10. Saya cuma membayar balancenya RM13.90 sahaja. Mcm2 spek dia gayakan tapi spek itam menjadi pilihannya.
nak bergambar dgn maskot kata Feqah |
Lepas buat bayaran kami kuar dr Jusco nak ke MPH kat level G. Lalu dpn Tomei. Sekali Feqah nampak maskot CNY. Selalunya dia kan takut2, tapi kami nii Feqah ckp "Feqah nak ambil gbr dgn maskot tu". Maybe mood dia senang ati kot, kan baru dpt spek. Layan je la. Memandangkan tomei tu dr produk Jewellery, maka gift yang dikasi adalah Coklat berbentuk GOLD COIN. Taktik pemasaran.Feqah siap cakap "selamat maskot tuu tak ambik spek Feqah". Isk isk Feqah. Sayang sgt la spek tuu, tgk la berapa lama leh bertahan.
MPH dah berpindah dr level L ke LG
|
Dari Jusco menghala ke MPH. Tapi MPH dah berpindah dr Level G to level LG berdekatan dengan Burger King. Kami turun dari eskalator dpn Metrojaya. Takkan tak masuk Metrojaya kan. Sempat gak rembat sehelai T-Shirt untuk along. Samapi di MPH alamak ramainya orang. Rupa-rupanya student yang ramai. Mereka menggunakan baucer RM500 yang mereka dpt..
Buku ini menjadi pilihan untuk menambah koleksi buku ku. |
Sesi memilih buku bermula. hanya 1 buku ini sahaja yang dibeli. Kaunter bayaran cuma ada 3 orang yang tgh membayar untuk belian cash/ tanpa guna voucher. Tamat penggunaan voucher. Kami pun pulang.
No comments:
Post a Comment