-

Thursday, 9 February 2012

Langkawi Part 2

2 beg pakaian, 1 bagpack , 1 beg mcm2 ada
Ini kali ke 6 kami ke Langkawi, jadi kami tak ralat sgt walaupun tersalah book flight. Ini lah 1st time saya book pada cuti bersambung. Jadi harga kereta untuk disewa memang agak mahal. Saya selalu book kereta melalui satu agensi ini. Nama agensi tersebut ialah MoonLightBay. Ini numbernya 04-969554.
MyVi SE 1.5 kuning
Selalunya saya akan booking Nissan Sentra. Biasanya cuma RM80 untuk setiap 24 jam penginapan. Tapi kali ini harganya RM140 (24jam). Saya call direct tuan empunya agensi ini. Dia suggest kat saya MyVi SE 1.5. Dia kasi saya harga cuma RM80(24jam). Memandangkan saya ke sana 30jam (1 1/4 days) maka saya dikenakan RM160. Harga sebenar untuk MyVi SE ini untuk super peak season ialah RM140. Disebabkan saya dah biasa dgn agensi ini saya dapat special price. Alhamdulilah. Kereta baru, baru 20 hari (mcm hari pantang bersalin pula)

 

Jam 12.15 seperti yg dijanjikan saya mendapat call dari number yang sekian lama saya simpan di handphone saya. Saya save number tersebut dgn nama Madi Langkawi(0124562356). Bila saya angkat, pemilik number tersebut beritahu "jumpa kat depan MarryBrown MyVi kuning".
2010, inilah kereta arwah
Kami agak pelik kerana pemilik nya bukan orang yg pernah kami temui seblm ini. Madi lah yang bertanggungjawab seblm nii menghantar dan mengambil kereta yang disewa. Rupa-rupanya itu adik Madi iaitu Azrin. Berita sedih kami baru terima ialah MAdi telah pergi buat selama-lamanya bln 9 tahun lalu, akibat kanser tulang. Innalillah.

2010 semasa arwah ada, dia meminjamkan kami kereta kesayangan dia iaitu Mitsibushi COLT. Ini kerana kereta Nissan Sentral yang kami book, customer tak sempat hantar semasa kami tiba di langkawi.  Arwah baik orangnya dan senang berurusan dgn nya.

No comments:

Post a Comment