28 April 2013 (ahad) kami sekeluarga ditemani adik lelaki saya telah ke Adventure Cove WaterPark,Singapore. Saya telah membeli tiket Adeventure Cove Waterpark ini semasa pameran MATTA FAIR @ PWTC Mac lalu.
Setelah sehari penat di Legoland pada 27 April 2013, kali ini kami seharian pula di Waterpark ini. Di waterpark ini, giliran saya pula melayan kerenah anak2. Ini kerana semasa di Legoland, En.H yang banyak melayan kerenah 2 beradik ini jika dibandingkan dengan saya.
Parking @ Resort World Singpore,max parking ialah SGD26((±RM65.00)perday |
Pastinya seawal pagi sudah ready ke Waterpark. Adik lelaki saya sememangnya sudah biasa ulang alik ke Singapore membuatkan kami sekeluarga tidak menghadapi sebarang masalah untuk ke sana menaiki kereta. Semua itu diuruskan oleh adik saya. Dan pastinya kami ke RESORT WORLD SINGAPORE. Untuk Parking di RESORT WORLD SINGAPORE, max parking ialah SGD26(±RM65.00) perday. Duduk la lama2 pun, usah bimbang tentang parking.
Globe Universal Studio Singapore |
Dari parking kami melalui Globe Universal Studio Singapore. Apa lagi 2 beradik ini berkata "kita kan nak gi Waterpark, kenapa datang sini". Jawapannya: Adventure Cove Waterpark ini adalah under RESORT WORLD SINGAPORE juga, mestilah dalam kawasan yang sama.
View laut berdekatan Adventure Cove Waterpark |
Adventure Cove Waterpark ini berdekatan dengan Muzium Maritime. Dan anda perlu berjalan kaki ke depan lagi untuk ke Waterpark ini. Sambil2 melihat suasana laut yang terdapatnya bot2 dan Cruise.
Satu pengalaman yang menarik berada disini, dan pastinya anak2 akan happy bermain di waterpark ini dan pastinya mereka akan bermain sampai waterpark tutup kerana aktiviti yang disediakan menarik. Dan pastinya anak2 saya jam 5.57 petang baru stop mandi-manda di sini.
Life jaket disediakan. Tiada bayaran dikenakan. |
Life jaket disediakan di sudut2 tertentu. Sila refer saiz yang tertera ditempat life jaket. Pastinya anda tahu saiz saya kan. Life jaket ini disediakan secara percuma dan pastikan anda meletakan semula life jaket ini setelah menggunakannya.
Pelampung disediakan. Tiada bayaran dikenakan. |
Tiada bayaran dikenakan jika anda mahu menggunakan pelampung. Pelampung2 ini akan disediakan disudut2 tertentu. Ini memudahkan anda untuk menggunakannya dan anak tidak perlu bimbang jika pelampung ini tersalah letak. Ini kerana pelampung yang disediakan memang banyak.
Shopping sebelum pulang |
Sebagai kenang-kenangan anda telah berkunjung ke sini. Anda bolehlah singgah di untuk membeli cenderamata yang berlogokan Adventure Cove Waterpark, Singapore. Dan pastinya saya tidak melepaskan peluang itu untuk memiliki Fridge Magnet dll.
Ada aktiviti snorkeling |
Yang menarik disini ialah anda boleh menyertai aktiviti snorkeling. Tiada bayaran dikenakan. Semua disediakan oleh pihak Adventure Cove Waterpark. Pastinya anda2 anda akan teruja melihat ikan2 yang berwarna-warni.
Klik entry dibawah untuk mengetahui cerita:
Adventure Cove WaterPark - Part 1
Adventure Cove WaterPark - Part2
Adventure Cove WaterPark - Part 3
Adventure Cove WaterPark - Part 1
Adventure Cove WaterPark - Part2
Adventure Cove WaterPark - Part 3
No comments:
Post a Comment