-

Thursday, 9 May 2013

Legoland Part 6 - LEGO CITY

Jom kita ronda2 kawasan Legoland dengan Train. Untuk menaiki train ini sila refer map yang diberikan. Tempat menunggu train ini adalah di kawasan LEGO CITY dan tempat ini bernombor 57 iaitu Legoland Express. Usah risau jika nampak ramai orang beratur. Ini kerana train ini panjang dan boleh mengisi ramai penumpang.
Jom kita ronda.
Tengok tuu. Apa yang LEGO itu teropong.
Ada taman permainan. Nama taman permaianan ini The Shipyard.
Lepas ronda2 dengan train nampak Maskot LEGO ini. Jom bergambar dulu.
Terdapat 2 tempat Driving School. 1 untuk anak2 kecil(Junior Driving School) dan 1 lagi untuk anak2 besar (Driving School).  Mukhriz sampai 5 kali cubanya. Silakan memandu Mukhriz. Along tak join Driving School ini sebabnya tengoklah kereta itu,rasa2nya muat tak Along?
Amboi2 Mukhriz, seronok lah tu. Anda juga boleh memiliki lesen memandu LEGOLAND anak2 anda dengan bayaran RM25.
Tengok sebelah kanan tuu, disitulah ibubapa menunggu anak masing2. Saya dah pesan awal kat Mukhriz "mama duk kat kerusi nun disana". Main sampai puas. Nanti cari mama kat kerusi tu.


Disinilah Along dan papanya. Mereka ber2 join aktiviti Boating School. Lama beratur untuk menaiki bot ini. Ini kerana luas juga kawasan untuk Boat ini. Tambah2 lagi, stereng belah kiri. Sila memandu boat ini berhati2. Jangan tersalah arus atau langgar boat lain. Terdapat 6 bot dalam satu2 masa. Mukhriz dah 5 kali cuba Driving School. Mereka ber2 baru nak ke garisan penamat.

Sudah malam pun, tengok cahaya lampu sana sini. Tempat ini dinamakan LEGO City Airport. Jom cuba berkali2. Maklumlah masa ni cuma ada 2 family sahaja disini.
Belum pukul 8 malam lagi. Apa lagi kita ke LEGO Rescue Academy. Jom memadamkan kebakaran.

Anak anda perlu pam menggunakan tangan untuk mengerakkan kenderaan tersebut ke tempat kebakaran.
Tengok tu walaupun penat pam untuk mengerakkan kenderaan ini. Namun 2 beradik ini tetap cuba 2 kali.
Masa ini dah jam 7.57 malam. Sempat lagi Mukhriz  main slide @ The Shipyard.

Klik link dibawah untuk membaca n3 tentang Legoland saya:








No comments:

Post a Comment