-

Thursday, 2 May 2013

Jejalan @ Setia City Mall

Tonton OBLIVION @ GSC Setia City Mall
Petang semalam, selepas selesai urusan rumah &  homework anak2. Kami ke Setia City Mall. Tujuan Utama untuk tonton Iron Man. Tapi semuanya SOLD OUT. Buat masa ini Movie Iron MAn 2D / 3D tengah top . Kalau tak beli online memang susah nak menontonnya. Tambah2 pula semalam public holiday dan awal bulan. Lagi la ramai orang menonton.

Kami sampai di Setia Mall jam 5.00 petang. Movie Iron Man cuma ada jam 9.00 malam ke atas. Kami mengambil keputusan lain kali je la tonton Iron Man. Tengok lepas anak2 habis exam 17 May nanti. Memandangkan voucher GSC expired 1 may 2013 maka kami memilih untuk Movie Oblivion lakonan ToM Cruise. Tayangan tersebut jam 6.00 petang.

Rambang mata Along memilih kasut. Cukup tak duit dia ada.
Ada sejam lagi untuk menonton Movie tersebut. Apa lagi jom cuci mata di Setia City Mall.  Stop sebentar di butik PUMA. Dah lama Along nak beli sport shoes Ferrari PUMA kerana sport shoes Ferrari PUMA yang berwarna putih merah telah ketat.

Akhirnya dapat beli juga kasut tersebut setelah papanya topup sedikit duit.
Cepat betul ketat kasut Along. Along simpan duit belanja sekolah sikit2 untuk beli sport shoes ini. Kebetulan ada diskaun 30%. Jimat RM1*4.97. Selepas diskaun harganya RM2*4.93. Akhirnya tercapai juga nak beli sport shoes ini. Lepas bayar terus pakai sport shoes baru yang berwarna Ferarri PUMA hitam + merah.

Mukhriz teruja dengan jaket ini.

Ini pula gelagat Mukhriz. Dah teruja dengan jaket untuk kids pula. Tengok reganya RM229. Normal Price. Dia dah hint2 minta belikan. Saya kata baru je 2 minggu lepas belikan jam. Mama pangkah permintaaan Mukhriz.
 
Selesai menonton @ GSC Setia City Mall
Jam 6.00 petang kami menonton Oblivion. Selesai menonton ke surau untuk solat Maghrib sebelum pulang. Depan GSC ada big Apple, tapi sayangnya tak sempat nak tapau sebab tinggal beberapa jenis je donut yang tinggal. Ramai betul yang membelinya. Last2, ajak Mukhriz take away McD.

No comments:

Post a Comment