-

Thursday, 16 May 2013

Beli Tiket The Little Big Club, Puteri Harbour @ MATTA FAIR PWTC(Mac 2013)

Jom ke The Little Big Club @ Puteri Harbour Family Theme Park

Tiket The Little Big Club @ Puteri Harbour Family Theme Park saya beli semasa MATTA FAIR @ PWTC Mac yang lalu. Pastinya dapat harga yang murah ketika MATTA FAIR. Saya hanya memilih 1 Theme Park sahaja iaitu The Little Big Club. 
4 Tiket The Little Big Club

Kenapa saya tidak membeli 2 theme park iaitu The Little Big Club & Sanrio Hello Kitty Town? Jawapannya: kini, saya cuma ada 2 anak lelaki dan anak perempuan saya sudah berada di alam barzakh. Saya tidak mahu jika saya ke Sanrio Hello Kitty Town akan membuatkan Along & Mukhriz sedih teringatkan arwah adik mereka (arwah Feqah Insyirah) yang sangat suka warna2 pink.


Harga tiket The Little Big Club masa MATTA FAIR yang lalu ialah RM150 untuk 3 orang DAN dapat 1 tiket free. Maknanya saya cuma membayar RM150 untuk 4 tiket The Little Big Club. Bila dibahagiakan kepada 4. Saya cuma membayar RM37.50 untuk 1 tiket. 
 
Dapat Free Photo Voucher dengan pembelian tiket The Little Big Club
Dan saya juga mendapat 1 keping Free Photo Voucher dengan pembelian tiket tersebut. Anda juga boleh mendapatkan tiket2 ini di website Puteri Harbour Family Theme Park.

Wheel of fortune. Dapat hadiah dari Hitz FM
 Setelah membuat pembayaran, saya berpeluang untuk mencuba wheel of fortune. DAN saya berjaya mendapat hadiah dari Hitz FM. 


Inilah hadiah dari Hitz FM. Dalam beg ini terdapat topi Hitz FM dan bekas air Hitz FM. Saya telah menggunakan tiket pada 29 April 2013 (ahad).

No comments:

Post a Comment