-

Friday, 10 May 2013

Beli tiket Adventure Cove Waterpark,Singapore @ MATTA FAIR(Mac 2013@PWTC)

Tiket Adventure Cove Singapore dibeli semasa Matta Fair Mac lalu. Biru untuk dewasa. Merah untuk kanak2.

Saya telah membeli tiket Adventure Cove Singapore di MATTA Fair(Mac 2013@ PWTC). Untuk tiket dewasa RM65 dan tiket kanak2 RM39. Expired tiket yang dibeli ialah penghujung bln jun. Dan pada 28 April (Ahad) saya telah menggunakan tiket ini walaupun hari sebelumnya 27 april(sabtu) telah ke Legoland.

Dapat voucher makanan SGD5 (per tiket) dengan setiap pembelian tiket.

Setiap tiket akan mendapat voucher makanan bernilai SGD5(±RM12.00). Dah la dapat tiket murah, dapat voucher makanan lagi.





Memang dah plan nak ke waterpark ini. Tapi tak menyangka pula, di MATTA FAIR mac lalu ada menawarkan tiket tersebut. Apa lagi, saya pun belilah. 

Hanya 1 booth sahaja, yang menawarkan RM65 untuk dewasa dan kanak2 RM39. Booth2 lain menawarkan RM73 untuk dewasa. Harga asal untuk dewasa ialah SGD29(±RM73) dan kanak2 SGD20(±RM50)


Dapat Tabung / Coin Box Universal Studio Singapore


Bukan setakat dapat tiket dengan harga diskaun. TETAPI saya juga mendapat GIFT yang membuatkan saya tersenyum lebar. GIFT tersebut ialah tabung / coin box Universal Studio Singapore. Sangat suka mendapat gift ini. 

Pulang ke ofis dengan hati riang walaupun naik semput mengejar time ofis hour tak mahu masuk kerja lambat. Akhirnya sempat masuk ofis jam 2.30 petang.  

No comments:

Post a Comment