-

Tuesday, 7 May 2013

Legoland Part 1 - The Beginning

Kaunter tiket Legoland

Jom dapatkan tiket dahulu sebelum masuk ke Taman Tema Legoland. Banyak kaunter tiket disediakan. Saya tidak mengambil masa yang lama untuk mendapatkan tiket Legoland.
Memo "The weather forecast today calls for rains" terdapat di kaunter tiket.

Semasa membuat pembayaran terpandang memo diatas("The weather forecast today calls for rains"). Hujan gerimis di tengahari rupanya. Tapi tak lama. Cuaca tak menentu sekarang ni. Tengah2 cuaca panas terik tetiba hujan ditengahari. 

Map Legoland disediakan di depan pintu masuk Legoland.

Refer Map yang disediakan untuk membantu anda. Jom explore apa yang ada disini. Map ini banyak membantu anda.


Terdapat banyak kedai untuk anda shopping barangan LEGO

Big Shop adalah kedai yang paling besar disini. Namapun BIG SHOP. Terletak di pintu masukk utama Disini menawarkan pelbagai pilihan maianan LEGO, T-shirt, cendemata dll. Pastinya anda akan teruja untuk membelinya sebagai tanda kenang-kenangan.

Jom shopping @ Big Shop Legoland

Jom miliki Fun Bottle ini.

Botol Minuman berlogokan Legoland.com.my + air  berharga RM25.00. Untuk refill anda  perlu membayar RM 3.00 untuk soft drink dan RM5.00 untuk Slushie.


Surau
Bila nampak rekabentuk LEGO ini. Inilah surau. Senang sahaja untuk mencarinya. Terdapat berdekatan dengan BigShop.
Guest Services
Guest Service tersebut terletak berdekatan dengan pintu masuk.Jika ada sebarang kemusykilan silalah ke sini. 

Jika anda mahu keluar dari Legoland dan mahu masuk semula ke Legoland. Sila ke Guest Service untuk mendapatkan tag keluar.   Sila tunjukan tiket Legoland jika mahu masuk semula ke Legoland
 
Klik link dibawah untuk membaca n3 tentang Legoland saya:








No comments:

Post a Comment