-

Tuesday 7 May 2013

Beberapa tips sebelum ke Legoland

1. Bawa Payung & Baju Hujan (Rain Coat)
 
Payung : Anda akan kepanasan semasa berada di Legoland. Jika tidak tahan panas, sila bawa payung.

Baju Hujan : Cuaca tidak menentu sekarang. Kadang kala tidak menjangka hujan akan turun. Sila bawa baju hujan yang dah ada untuk menjimatkan budget anda. Baju hujan di Legoland untuk kanak2 RM15 dan untuk dewasa RM19. Baju Hujan juga  penting untuk dibawa bagi mengelakkan anda kebasahan ketika join aktiviti di Legoland .

2. Bawa beg beroda
 
Kawasan Legoland agak luas. Jika anda tidak mahu memikul barang2 anda sila bawa beg beroda. Senang untuk ditarik ke sana ke mari. Tidak perlu disangkut dibahu. Boleh sumbat macam2 barang dalam beg tersebut.

3. Bawa Air

Tiada water dipenser disini. Dinasihatkan bawa air banyak2 kerana cuaca yang panas membuatkan anda akan kehausan. Sebotol air mineral RM2.50. Untuk soft drink RM5.00.

4. Tempat Makan
 
Cafe memang disediakan di dalam Legoland. TAPI faham2 je lah harganya. Usah risau untuk makan kerana anda ada banyak pilihan makanan diluar Legoland. Dihadapan Main Entrance Legoland terdapat Medina MAll. Terdapat banyak kedai2 makan seperti KFC, Burger King, Fish Mahantan, Secret Recipe dll.

Anda boleh keluar dan masuk semula ke Legoland. Sila ke Guest Service untuk mendapatkan tag keluar dari Legoland. Guest Service tersebut terletak berdekatan dengan pintu masuk. Sila tunjukan tiket Legoland semasa hendak masuk setelah anda keluar makan.(*tahun 2013*)


5. Tudung yang bersesuaian.

Sila pakai tudung yang tidak mudah diterbangkan oleh angin. Jangan pakai tudung2 yang licin. Jika anda ikut aktiviti Roller Coaster takut tudung tercabut je.

6. Bawa Telekung Sembahyang
 
Tiada masalah jika mahu solat. Surau yang luas dan selesa. Sila bawa telekung sendiri, jika anda seorang yang cerewet. Telekung Sembahyang memang disediakan. Tapi faham2 je la kalau ramai yang guna.

Banyak kesan2 makeup dan bau yang macam2 selepas berpanas di Legoland. Untuk keselesaaan solat,bawalah telekung sendiri. Jika anda tidak cerewet. Bolehlah menggunakan telekung yang disediakan.

7. Handbag yang bersesuaian.


Bawa handbag yang bersesuaian, jangan bawa handbag yang mahal2. Sayang kerana handbag tidak boleh dibawa ketika aktiviti Roller Coaster. Anda perlu meletakkan handbag anda ditempat yang disediakan.

Jika anda join aktiviti dan tidak memakai baju hujan. Pastinya handbag anda akan basah.


8. Spek/ Cermin Mata Hitam

Cermin Mata Hitam dapat menghalang silau matahari di panas terik. Cuaca memang panas di Legoland.

9. Refer Map yang disediakan

Pastikan anda jejak semua tempat yang anda. Gunakan sepenuhnya untuk jejak apa yang ada dalam Legoland ini. Refer Map yang disediakan untuk membantu anda.

10. Ukur ketinggian anak.

 
Kebanyakan games yang disediakan perlu ketinggian 110 atau 120 cm. Jika anak anda mempunyai ketinggian ini pastinya akan seronok berada disini. 


Jika anak anda mempunyai ketinggian kurang dari 110cm / 120cm usah bimbang kerana terdapat juga aktiviti untuk mereka.
 
11. Guna kupon discount atau book online.

Banyak diskaun voucher yang boleh anda dapati untuk mendapatkan diskaun tiket Legoland. Antaranya dari ice cream Magnum, Mamee dll. Diskaun ini dapat mengurangkan kos tiket Legoand anda. Nak2 kalau anda pegi ramai2. Jika dapat 30% or 35% pun kalau dahramai banyak juga jumlahnya. Boleh guna duit diskaun itu untuk shopping di Legoland.

Anda juga boleh mendapatkan 20% diskaun jika book online.(min 7 hari dari tarikh ke sana)

12. Parking kereta RM7.00 perday

Usah risau untuk membayar parking. Ini kerana hanya RM7.00(tahun 2013) sahaja untuk perday parking di Legoland. Parking kereta yang luas dan senang mendapatkan parking. 

Anda tidak dikenakan apa2 charge jika ada ahli keluarga atau kawan yang drop by anda ke Legoland.

Klik link dibawah untuk membaca n3 tentang Legoland saya:








3 comments:

  1. Dah buh kat bookmark, hehehhehee... bila nak pergi tak tau lagik. Kena ukur Izz dulu, kalau lepas baru boleh plan.

    ReplyDelete
  2. Thanks banyak info utk saya yg baru first time nak pegi. Boleh plan awal2 apa yang perlu dan tak perlu. :-)

    ReplyDelete
  3. tersinggah ketika mencari tips.

    update 2015:
    - tak boleh keluar masuk lagi dgn tiket single entry
    - parking legoland dah rm10. ramai park kat mall, rm4 per entry.

    ReplyDelete