-

Wednesday, 8 May 2013

Legoland Part 4 - IMAGINATION

Jom kita explore Legoland Part 4- Imagination. Walaupun kepanasan, tidak menghala untuk Mukhriz dan Along explore apa yang ada di Legoland.

Mulai 20 April 2013 telah ada 4D Movie ini. Jom kita tonton 4D Movie.
Sebelum beratur untuk 4D Movie @ Legoland, pastikan anda melihat jadual yang tertera. Senang nak tengok show2 seterusnya.

 Kami menonton LEGO Racer dan Legends of Chima. Saya snap gambar jadual movie ni untuk senang saya stopkan anak2 untuk waktu menonton. Lego Racer banyak menggunakan imagination LEGO2. Terdapat semburan air dari bomba LEGO disaat2 akhir cerita nak habis. Jaga2 anda akan kebasahan jika berada di bahagian depan. Jika berada di belakang kurang sedikit terkena air tersebut. Movie 4D yang kedua kami tonton ialah Legends of Chima. Best2, banyak angin disini. Kat luar panas, bila tonton Legends of China banyak angin digunakan. Terasa nyaman sekali menontonnya. Selepas menomton 4D Legends Of Chima, anak2 anda akan mendapat topeng Legends of Chima. Klik link ini untuk imaginasi cerita 4D tersebut.

Ini ialah Kid Power Towers. Along & papanya ang join aktiviti ini kerana aktiviti ini memerlukan kekuatan tangan tarik ke bahagian atas. Mukhriz tak nak cuba aktiviti ini kerana kata Mukhriz "Along berat, kalau Mukhriz naik dengan Along mesti sakit tangan Mukhriz nak naik ke atas". Maka terpaksalah En.H  melayan kehendak Along. Takkan nak suruh sayakan. Saya selamat disini.

Jom kita explore  kawasan LEGOLAND dari  pandangan atas dengan menaiki Observation Tower. Tips untuk anda: sila cari kerusi dekat dengan aircond yang disediakan untuk mendapat udara sejuk setelah kepanasan berjemur di Legoland. Anda akan teruja melihat pemandangan LEGOLAND bila menaiki Observation Tower ini.

VIEW 1: Observation Tower, Legoland.

VIEW 2: Observation Tower, Legoland.

VIEW 3: Observation Tower, Legoland.

Ini pula Playtown. Sangat sesuai anak2 kecil. Mukhriz sempat juga main kat sini. Itupun bila dah petang. Dia nak juga explore Playtown ini. Bila start petang pengunjung semakin kurang terutama yang bawa anak2 kecil. Mungkin anak2 kecil sudah kepenatan. Namun 2 beradik ini tetap explore sampai tutup.

Klik link dibawah untuk membaca n3 tentang Legoland saya:







No comments:

Post a Comment