-

Saturday, 27 April 2013

Tunaikan permintaan Mukhriz


27 April - 29 April akan berada di Johor & Singapore
 Memandangkan tahun ini Along akan menduduki UPSR, kami sebenarnya tidak mahu Along ponteng sekolah. Memang dah set awal-awal tiada percutian ke mana2 tahun ini sebab Along akan sibuk dengan program sekolah seperti seminar, tuition, kem motivasi dll. 

Kesibukan Along dengan UPSR menimbul kesunyian di hati Mukhriz. Timbullah kata2 "asik-asik Mukhriz je kat rumah, Along busy je".  Hakikatnya Mukhriz terlalu rindukan arwah adiknya Feqah Insyirah. Kalau dulu dia ada teman bermain, kini Mukhriz terpaksa suaikan diri. Bila Along ikut program UPSR mula la Mukhriz buntu kebosanan berada di rumah. 
 
Subang - JB -Subang
Maka Feb lalu selepas perbualan ini saya pun menempah tiket Firefly dari Subang-JB -Subang. Dengan penerbangan Firefly FY2141 kami ke Johor Bharu jam 7.05 pagi tadi 27 April. Dan akan pulang ke KL dengan penerbangan Firefly FY2152 jam 9.30 malam 29 April. Untuk tax sahaja RM60 seorang x 4 x 2 ways. Tu tak termasuk harga tiket lagi. Apa-apa pun janji untuk Mukhriz telah ditunaikan.

Inilah aktiviti kami sepanjang 3 hari.

No comments:

Post a Comment