-

Friday, 5 April 2013

Khemah Ibadah @ Kem Herba Sungai Congkak

Khemah Ibadah @ Kem Herba Sungai Congkak(5-7 April )


Jam 3.00 petang tadi Along dan rakan2 sek kebangsaan telah bertolak ke Kem Herba Sungai Congkak untuk mengikuti Khemah Ibadah. En.H yang menghantar Along ke Sekolah lepas solat Jumaat tadi. 

Bila anak nak menduduki periksaan, macam2 program motivasi dari pihak sekolah. Tujuannya untuk memberi keyakinan emosi dan keyakinan untuk berjaya dengan Cemerlang. Yang Penting: USAHA, DOA & TAWAKAL. 

Program ini diadakan selama 3 hari iaitu dari hari jumaat-ahad. Namun, Along hanya akan berada disana cuma 2 hari saja. Perkara ini disebabkan Along akan menyertai Pertandingan Pidato untuk Sekolah Agama pada hari Ahad. 

Jam 4.00 petang tadi baru dapat call dari pihak Sekolah Agama bertanyakan "Adakah Along akan hadir Ahad nanti?" Jawapaannya "Akan Hadir", kerana kami sekeluarga akan ke Kem Herba petang esok untuk menjemput Along pulang ke rumah untuk persediaan akhir pertandingan itu pada malam esok. 



Along & Rakan2 bergambar sebelum menaiki bas untuk mengikuti Khemah Ibadah @ Kem Herba Sungai Congkak.

Bas sedang menunggu para peserta.

No comments:

Post a Comment