Attendace untuk Broga Hill |
Mampukah saya ke puncak Broga Hill sabtu lalu? Tepat jam 4.00 pagi saya sampai di tempat yang dijanjikan untuk menaiki bas yang disediakan. Kelihatan hanya segelintir sahaja peserta yang ada ketika itu.
Setelah 10 minit menunggu semakin ramai peserta yang tiba. Sebelum menaiki bas masing2 peserta singgah di 7-E untuk membeli air dan makanan untuk dibawa ke Broga Hill.
Setelah 10 minit menunggu semakin ramai peserta yang tiba. Sebelum menaiki bas masing2 peserta singgah di 7-E untuk membeli air dan makanan untuk dibawa ke Broga Hill.
Menunggu peserta2 yang lambat tiba |
Bas bertolak lewat 45 minit dari yang dijadualkan kerana menunggu 3 peserta yang lambat tiba. TETAPI bas tiba ke destinasi tepat pada waktunya. Semua peserta by bus & own transport berkumpul dan diberikan sedikit taklimat.
Solat subuh berjemaah dilakukan di kawasan lapang dan dalam keadaan gelap dan hanya berbekalkan lampu touch light. Selesai solat, jom kita mula Hiking dalam suasana gelap.
Agak sukar bagi saya untuk mendaki. Namun tak cuba tak tahu. Perjalanan diteruskan dan akhirnya saya TIDAK mampu sampai ke kemuncak iaitu puncak ke 4 dan puncak teratas.
Saya cuma mampu sampai ke puncak 2 sahaja. Apa pun, ianya satu pengalaman yang menarik buat saya. Saya sendiri tak menyangka boleh sampai ke sana setelah beberapa kali berhenti berehat.
Saya cuma mampu sampai ke puncak 2 sahaja. Apa pun, ianya satu pengalaman yang menarik buat saya. Saya sendiri tak menyangka boleh sampai ke sana setelah beberapa kali berhenti berehat.
Wajah2 ceria peserta2 bila sampai juga disini, walaupun ada mulanya sudah tewas ditinggalkan peserta2 lain |
Ketika ini peserta2 lain sudah sampai ke kemuncak. Namun kami ber5 masih di sini. Berehat dan bergambar.
Dan ketika ini juga, peserta2 lain yang sudah tewas dah mula turun. 3 dari kami meneruskan perjalanan. Namun saya dan Azima mengambil keputusan untuk turun. Saya tidak mahu meneruskan lagi perjalanan ke kemuncak kerana saya akan ke Jakarta esoknya, saya takut saya akan kepenatan nanti.
Agak mencabar juga untuk turun, dan kelihatan peserta2 lain yang berjaya ke kemuncak sudah pun berada di sini. Apa lagi jom bergambar tidak dilepaskan.
Breakfast @ Restoran Yusna, Taman Tasik Semenyih |
Setelah semua berkumpul, semua peserta ke Restoran Yusna @ Taman Tasik Semenyih. Makan2 sambil borak dan bergambar beramai2. Kemudian masing2 pulang. Saya pulang dengan menaiki kereta kak Nora HR dan turun @ Petronas TPM kerana senang untuk En.H ambil saya untuk pulang ke rumah. Jam 11.00 sudah berada di rumah.
Penat memang penat. Namun saya ada banyak benda untuk di selesaikan. Pulang dari Broga terus kemas2 rumah kerana esoknya mahu ke Jakarta. Sempat tidur sekejap.
Jam 2.00 petang bangun dan solat dan terus ke PWTC bersama MUkhriz menaiki LRT kerana saya mahu book sesuatu @ Perfect Livin. Pergi ke PTWC semata2 nak book dan bayar deposit untuk kelengkapan rumah baru nanti. Kalau pergi dengan kereta sah2 jem. Lagipun naik LRT cuma sejam pergi balik. Book dan bayar dalam 20 minit dan terus pulang ke LRT S.Petaling untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Kem Herba Sungai Congkak.
No comments:
Post a Comment