-

Friday, 19 April 2013

Tinjau2 @ Pasar Baru Jakarta

Jom tinjau2 Pasar Baru Jakarta
Masa kami sampai, baru jam 9.00 pagi. Hanya beberapa kedai sahaja yang beroperasi. Pasar Baru ini akan beroperasi jam 10.00 pagi.
Kedai lain belum buka lagi, namun kedai ini dah buka jam 9.00 kami.Saya nampak banyak baju tulisan Jakarta. Apa lagi terus ke kedai ini. Baju T-shirt disini IDR 25,000(± RM8.00) untuk semua saiz. Sangat teruja kerana murah apalagi pilih2, beli buat souveniour. Ketika ini, duit rupiah sudah tinggal sedikit sahaja. Adus, mana mahu tukar. Money Changer belum buka.
Tengok tuu... handbag yang dijual. Sekadar snap gambar dari jauh. Tak beli pun.
Kami singgah di gerai penjual selipar dan kasut bertanyakan dimana Money Changer. Baik betul kakak tu, siap tolong tunjukkan kedai Money Changer. Terima Kasih yaa. Kami hanya bertanya. Tapi kakak itu tolong kami.
Disinilah kami menukar duit Malaysia ke rupiah. Sepanjang nak ke Money Changer ini banyak gerai buah, maka sempat lagi snap gambar2 buah tersebut.

Buah Naga & Buah Salak Madu. Buah Salak ini IDR 25,000(± RM8.00) 1 kilo. Tips untuk beli buah salak "Sila pilih sendiri buah salak, jangan minta peniaga yang isikan buah salak itu jika anda membelinya kerana ada kemungkinan peniaga akan memberikan buah yang tak fresh pada anda". Saya beli buah salak ini bawa pulang ke Msia, pilih2 buah salak sebelum timbang.
Buah-buahan

Kue Kamir.  Siap tanya lagi peniaga nii "boleh tak saya ambil photo kuih ni?". Peniaga itu jawab "bisa photokan". Kena la tanya dulu sebab kami tak beli pun kuih nii.

Salah satu pengankutan di Jakarta. Ketika ini kami sedang menunggu Bajai untuk ke Pasar Mangga 2.

Klik entry di bawah untuk cerita di Jakarta:

Restoran Sari Minang - Jakarta


Stay @ Amaris Juanda Jakarta


MONAS & Masjid Istiqlal


Pasar Mangga 2  Jakarta

No comments:

Post a Comment