3D2N (5-7 April) Kem Ibadah Mawar @ Kem Herba Sungai Congkak |
Sepatutnya
selama 3 Hari 2 Malam, Along mengikuti Program Kem Ibadah Mawar. Namun
Along tidak dapat mengikuti program tersebut sampai ke penghujungnya
kerana pada 7 April (Ahad) Along ada pertandingan Pidato bagi sekolah
Agama sedangkan Program Kem Ibadah ini anjuran Sekolah Kebangsaan.
Kem Herba Sungai Congkak |
Pulang
dari Perfect Livin, En.H mengambil saya di LRT Sri Petaling dan terus
ke Kem Herba. Agak jauh perjalanan untuk sampai di Kem Herba ini. Hampir
sejam lebih juga mahu sampai disini. Tambah2 lagi semasa ke sana hujan
renyai2, agak jem untuk sampai ke destinasi.
Ketika saya sampai, kelihatan juga keluarga lain juga sedang mengambil anak2 mereka untuk pertandingan keesokan harinya. Ada juga pelajar2 yang ustaz atau ustazah yang bawa pulang ke rumah.
Ketika saya sampai, kelihatan juga keluarga lain juga sedang mengambil anak2 mereka untuk pertandingan keesokan harinya. Ada juga pelajar2 yang ustaz atau ustazah yang bawa pulang ke rumah.
Jam menunjukan pukul 6.50 petang. Peserta2 kem bersiap sedia untuk menunaikan solat Maghrib. Masing2 dengan pakaian solat dan fail untuk program seterusnya.
Along sangat gembira melihat mama, papa dan Mukhriz datang. Tersenyum lebar dan terus ke bilik untuk mengambil pakaian dan kasut untuk pulang.Semangat betul dia nak bertanding pidato esoknya. TAPI Along juga beritahu program ini pun best.
Ada seorang dari kawannya tarik diri untuk menghadiri pertandingan semata2 untuk teruskan program Kem Ibadah ini. Nak buat macam mana bila tarikh overlap. Walaupun Along balik awal dari tarikh akhir program, Along tetap dapat sijil penyertaan. Bukan Along sahaja yang balik awal, tetapi ramai peserta.
Along terus bercerita pada Mukhriz "tengahari tadi Along main air terjun sejam lebih, best dikk". Apa lagii Mukhriz pun meronta2 nak main air juga walaupun ketika itu dah nak Maghrib. Layan je la Mukhriz tuu kejap, bagi dia rasa air. Sebelum Maghrib kami pun pulang dari Kem Herba ini.
No comments:
Post a Comment