-

Monday, 22 April 2013

Join Aktiviti @ SmartKids - Part 2

Booth Kelab Doktor Muda. Kelab Doktor Muda telah diperkenalkan di sekolah2.Tidak semua sekolah yang ada Kelab Doktor Muda. Bila Mukhriz nampak Maskot2 Kelab Doktor Muda terus ke booth itu. Apa lagi bergambar dulu dengan Maskot dan join aktiviti.
Mari menyiapkan puzzle. Katakan Tak Nak Merokok!.Selepas siap dapat keychain.Tujuan Kelab Doktor Muda ini ditubuhkan disekolah2 ialah untuk mendidik pelajar2 cara hidup sihat dan memberi maklumat tentang kesihatan.
7 langkah cuci tangan. Jom cuba. Selepas memncuba cuci tangan, dapat Buku Catatan berlogokan Kelab Doktor Muda
Berehat sebentar melihat persembahan di Pentas ini.
Booth Vitagen. Join games menghalang bakteria di dalam usus. Motif games ialah memberitahu kanak2 dan ibubapa bahawa Vitagen bagus untuk Usus. Selesai aktiviti dapat notepad & sebotol vitagen.
Mengisi borang survey program Smartkids. Punyanya lah banyak soalan. Belakang depan kertas perlu dijawap. Selesai menjawap survey dapat buku diatas. 
Booth Kementerian Kesihatan. Jom lakukan eksperimen. Macamana nak pastikan teh mengandungi bahan pewarna dan teh yang asli? Kami dah dapat jawapannya. Terima kasih kepada pihak yang terbabit diatas segala info.
Mencari 10 perkataan tersembunyi. Berjaya menjawapnya kerana terdapat 20 perkataan tapi hanya 10 sahaja perlu dibawah. Dapat pen dan note pada lagi dari Kementerian Kesihatan. Seronok Mukhriz macam2 dia dapat. 
Menjawap soalan kuiz pula. Dapat pen + highlighter.
Berehat sebentar @ Booth Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara. Mukhriz membaca info2 yang terdapat disini. Boleh saya berehat sebentar menunggu Mukhriz habis membaca.Penat tau ke hulu ke hilir melayan Mukhriz.
Booth Astro ada program Tutor TV.Mukhriz suka program Tutor TV. Kalau kat rumah selalu bertanding dengan Along sapa betul banyak soalan.1. Spin roda soalan. Mukhriz dapat soalan sains. 2. Pilih soalan dalam kotak yang disediakan. 3. Jawapan saoalan tersebut. Senang sahaja soalannya. Dapat gift Examnation Pad berlogokan Tutor TV.
Bergambar dengan Program Tutor TV.
Sesapa nak bergambar dan gambar diprint. Silalah posing di background ini. Saya pun tak melepaskan peluang bergambar disini. Gambar diambil oleh Photographer. Gambar itu telah menjadi koleksi saya.Gambar diatas saya yang ambil sendiri. Seorang staf telah tertarik dengan Mukhriz, sembang iya2 dengan Mukhriz. Macam2 soalan ditanya kepada Mukhriz. Dan Mukhriz telah diberikan Pencil Warna yang berlogokan Nickelodeon. Cantik gift itu.
Mukhriz cuba Flight Simulator. 10 minit juga untuk start dan parking Flight ini. Jika berminat boleh "Learn To FLy" demgan kos RM2000++. Setakat ini pelajar yang paling muda ialah tahun 5. Yang penting perlu asas sains. Saya sempat bertanya tentang cerita Carekarama TV 3 yang bertajuk "Aku Ingin Terbang". Sembang2, sedar2 Mukhriz dah berjaya landingkan Flight tersebut. Pengalaman yang menarik buat Mukhriz.
Jom masuk ke Mini Planetrium ini. 2 kali Mukhriz mencubanya.
 
Booth Nickelodeon. Disini kami mengambil masa yang lama, kerana Mukhriz join aktiviti 3 kali. Games 1: Berikan Carton Spongebob Burger. Games 2: Jom buat burger. Burger merupakan makanan dalam Cartoon SpongeBob. 3. Magical Puzzle.  Jika 3 games ini dicop, peserta akan mendapat buku catatan bergambar Ninja Turtle. 3 kali join aktiviti ini dan Mukhriz dapat 3 Buku Ninja Turtle yang cute.

Jam 4.00 petang. Maskot Ninja Turtle yang kami tunggu muncul. Dari pagi sampai jam 4.15 kami berada di pameran ini. Banyak ilmu yang diperolehi dan banyak juga gift yang dikumpul oleh Mukhriz.
Inilah gambar terakhir kami @ SmartKids. Lepas bergambar dengan Maskot Ninja Turtle ini. Kami terus pulang menaiki LRT kerana Mukhriz perlu ke Karate pula jam 5.00 petang.

No comments:

Post a Comment