Dari Bandung ke Jakarta kami menaiki keretapi. Stesen Keretapi Bandung ialah Bandung. Manakala stesen keretapi Jakarta ialah Gambir. Stesen Gambir merupakan stesen terakhir. Tiket Eksekutif & Agro Parahyangan untuk dewasa ialah IDR 60,000(± RM 19.50).
Kami beli tiket keretapi ini sehari sebelum perjalanan. Tiket ini juga boleh dibeli pada hari perjalanan. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Kami bertolak jam 2.30 petang dan sampai di Gambir, Jakarta jam 5.27petang. Betul2 mengikut jadual dan tepat sampai ke destinasi mengikut jam yang tertera di tiket.
Usah bimbang jika bateri handphone atau kamera ada sudah kehabisan bateri KERANA keretapi ini menyediakan plug untuk anda charge. Perjalanan menggunakan keretapi ini selesa dan penumpang juga tidak ramai. Anda juga boleh menikmati pemandangan yang mungkin berbeza dengan negara anda. Beberapa gambar saya selitkan di blog ini.
Untuk info tentang keretapi ini sila klik link ini http://www.kereta-api.co.id/
Borang yang perlu disi ketika membeli tiket keretapi. Sila tunggu ikut giliran anda. |
Terdapat ruang menunggu untuk tiket Eksekutif. |
Sila ke Jalur 6 untuk ke Jakarta |
Selesa untuk penumpang. |
Bye2 bandung |
View 1 |
View 2 |
View 3 |
View 4 |
View 5 |
Akhirnya sampai di Stesen Gambir Jakarta setelah 3 jam perjalanan. Klik entry dibawah untuk cerita di Bandung: Dari Airport Jakarta ke Bandung - Menaiki Bas Festival City Link Bandung Menginap di Pop Hotel Bandung Jejalan @ Factory Outlat Jalan Riau Singgah Sebentar @ Kartika Sari Pepagi Hari @ Pasar Baru Bandung |
bestkan naik train nie..baru nie saya pergi sana naik train dari jakarta ke bandung..balik pon sama..tapi skrg tak pyh isi borang dah..pi trus kat kaunter bg pasport je..
ReplyDeletesorry tanya paling awal perjalan nya waktu pagi kul berapa? dari bandung ke jakarta kul berapa paling akhir jadual perjalanan nya
ReplyDeletesorry tanya paling awal perjalan nya waktu pagi kul berapa? dari bandung ke jakarta kul berapa paling akhir jadual perjalanan nya
ReplyDelete