Pagi ahad lepas, jam 6.40 pagi Along dan peserta pelbagai acara pertandingan bagi sekolah Agama telah berkumpul di kantin sekolah. Seramai 100++ peserta. Mereka menaiki bus sekolah dan juga kereta ustaz dan ustazah.
Pada permulaan Along memberitahu saya bahawa dia akan menyertai Pidato, saya tidak percaya. Berkeyakinankah Along? Boleh ingatkah ayat2 Pidato itu?
Seramai 15 peserta dari pelbagai sekolah menyertai pertandingan pidato itu. Along mendapat giliran ke 10 untuk menyampaikan pidatonya. Pelbagai ragam dan persembahan dari peserta. Ada yg lancar, ada yang berhenti lupa ayat, ada yang gementar dan macam2 lagi. Along pula ingat ayat2 pidato TETAPI sebutan tidak jelas.

Akhirnya, Along mendapat tempat ke 4 dari 15 peserta tersebut. Gembira betul Along bila mendengar keputusan itu, walaupun tidak berjaya mendapat tempat 1,2 dan 3, TETAPI mampu memberikan keputusan yang baik untuk sekolah agamanya. Along mendapat hadiah saguhati dan juga sijil penyertaan.
Along & Rakan karibnya sejak dari tadika 5 tahun lagi. Rakannya menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran. |

Mendapat tempat ke 4 dalam pertandingan Pidato tersebut |
No comments:
Post a Comment