Ke Pameran Smartkids @ PWTC |
Pameran Smartkids diadakan pada 19-21 April 2013 @ PWTC. Sabtu pagi, saya dan Mukhriz sahaja ke pameran tersebut. Kami menaiki LRT. Tambang dari Sri Petaling ke PWTC ialah RM3.80 (2 ways). Tambang kanak2 dan dewasa adalah sama. Jam 10.20 pagi kami sudah berada di PWTC.
Dapat free tiket untuk masuk Smartkids. |
Tiket untuk masuk ke pameran Samrtkids ialah RM5.00 untuk dewasa. Kanak2 tidak dikenakan bayaran. KAli ini saya tidak perlu membuat pembayaran untuk tiket Smarykids kerana saya telah register online untuk event tersebut pada Jan 2013 yang lalu. Tunjukkan confirmation di kaunter registration dan tiket diberikan secara percuma.
Kelihatan
sudah ramai yang beratur. Pameran ini dibuka jam 10.30 pagi. Walaupun
jam dah menandakan 10.30 pagi tapi pameran masih belum dibuka. Mukhriz
dah tak sabar2 nak masuk. Jam 10.30++ kelihatan Maskot Smartkids di
Entrance dan pengunjung dibenarkan masuk. Kanak2 dapat door gift dari pihak Smartkids.
Booth pertama kami singgah |
Booth pertama yang kami singgah ialah booth diatas. Booth ini memberikan penerangan tentang vaksin2 yang perlu diambil oleh kanak2. Katakan YES for vaksin. Para ibu2 pasti peka terhadap suntikan2 ini kerana setiap anak2 ada buku kelahiran dan tercatat vaksin2 yang perlu diambil.
Booth motivasi |
Singgah sebentar di Booth motivasi. Dimana saya diberikan penerangan tentang energy2 dan neutron2 yang perlu dibina dalam diri. Neutron2 itu perlu dibina bukan dibiarkan berlonggak seperti gambar di atas. Program ini menyediakan teknik membina diri lebih berjaya.
Mari belajar Math dengan Enopi |
Jom belajar Math dengan program Enopi. Kini Enopi dikenali sebagai Eye Level. Membina blok berdasarkan gambarajah yang diberi. Hasilnya dapat beg Enopi dan set alatulis. Mukhriz suka aktiviti ini.
Bergambar dengan Maskot Smartkids & AirAsia SkyRider Club |
Selesai aktiviti @ Enopi. Nampak banyak Maskot yang berlegar2 di kawasan booth. Apalagi Mukhriz memilih untuk bergambar dengan MAskot Smarutkids & AirAsia SkyRider Club.
Lepas bergambar, Mukhriz join sekali lagi aktiviti @ Enopi. Kali ini aktivitinya membina gambar rumah dengan blok2 bentuk segi3, 4segi dll. Dapat lagi satu gift dari Enopi. Dalam beg Enopi tersebut dapat fail pula. Konon2 Mukhriz kata nak bagi kat Along tapi last2 dua2 gift dari Enopi dia yang rembat.
Booth Oral B |
1. Berapa kalikah dalam setahun perlu membuat pemeriksaan gigi? Jawapan: 2 kali
2. Jumlah gigi susu ialah......? Jawapan: 20 batang
Setelah selesai menjawap baru oleh join Wheel of Fortune. Dapat ubat gigi & berus gigi.
Booth jualan tiket Kidzania, Legoland, The little big & Lat's |
Singgah sebentar @ booth jualan tiket diatas. Sekadar melihat harga tiket yang ditawarkan. Tapi tak beli apa-apa tiket pun. Item2 Kidzania juga dijual disini. Harga item Kidzania ini lebih murah dibeli disini berbandingan di Kidzania, ada diskaun masa pameran ini.
No comments:
Post a Comment