-

Friday, 19 April 2013

MONAS(National Monumen Indonesia) & Masjid ISTIQLAL

Menaiki Bajai

Selepas breakfast terus decide nak ronda2 dan sambung shopping @ Jakarta pula. Kami membuat keputusan untuk menaiki pengangkutan awam yang dinamakan BAJAI. Best gak naik Bajai nii. Senang nak ambil gambar dan merempet di jalan raya yang Macet(jem).

Maniki Bajai ke MONAS, Masjid  Istiqlal dan Pasar Baru cuma IDR 40,000(± RM 13.00) sahaja. Mutar2 kami dibawa oleh pemandu.

MONAS(National Monument Indonesia)
Sepanjang perjalanan mahu ke MONAS, terdapat ramai anggota keselamatan. Rupa-rupanya pagi itu ada upacara @ MONAS ini. Patut lah macet nak ke sini. Pemandu Bajai tu pun lupa sebenarnya, setelah melihat anggota2 keselamatan terus pemandu Bajai tersebut beritahu kami "ibu, tak bisa masuk ke dalam untuk ambil photo". 

Kami pun beritahu pemanadu tersebut, tak mengapalah, kami hanya mahu ambil photo diluar sahaja. Kami pun tak mahu bapak(pemandu Bajai )tunggu lama-lama. Tersenyum pemandu tersebut mendengar bicara kami.

Banyak juga kami ambil gambar. Pesan pemandu itu lagi "ibu, ngak bisa photo itu disiarkan, cukup buat koleksi ibu sahaja". Baiklah kami menjawap, jadi disini hanya 1 gambar Monas sahaja publishkan. Lain2 gambar menjadi koleksi peribadi saya.

MONAS ialah tugu yang dibina untuk mengingati perjuangan Wira Indonesia melawan penjajah. Atas Monas berbentuk seperti api, melambangkan semangat yang tidak penah luntur dijiwa mereka.  Api itu dibuat daripada gangsa.


Kubah Masjid  Istiqlal
Dari bilik kami, kelihatan dekat je Masjid Istiqlal ini. Maka, setelah ke Monas saya ke Masjid ini pula. Mahu lihat dari dekat. Pemandu pun membawa kami ke Masjid ini.

Masjid ISTIQLAL

Masjid Istiqlal adalah Masjid yang terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini merupakan suatu kebanggaan bagi Bangsa Indonesia yang majoritinya beragama Islam . Masjid ini dinamakan ISTIQLAL yang bererti MERDEKA.

Klik entry di bawah untuk cerita di Jakarta:

No comments:

Post a Comment