-

Monday, 29 October 2012

Polonia Airport Medan ke Parapat(Lake Toba) - Medan Part 1

Polonia Airport Medan
Dah lama ke Medan(6 oct 2012-8 oct 2012). Baru ada mood nak update pasal Medan. Perjalanan dari KL - Medan cuma mengambil masa 55 minit sahaja. Flight kami dari KL jam 7.40 pagi dan sampai di Medan jam 7.35 pagi. Jam Medan awal satu jam dari Malaysia. Setibanya kami di sana kami di sambut oleh Travel Agent yang bernama En.Zul. 

Kami menaiki Avanza dari Airport ke Parapat(Lake Toba). Cuaca yang mendung ketika itu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami sudah biasa dengan perjalanan jauh. Lagipun kami suka melihat pemandangan. Setiap kawasan mempunyai panorama  yang tersendiri.


Singgah beli prepaid dulu

Singgah sebentar dikedai untuk membeli prepaid. Kami diberi prepaid "SIMPATI". Total prepaid + topup prepaid semuanya IDR 57,000(± RM 18.50). 



Kanak2 di Medan bersekolah pada setiap hari sabtu


Di Medan, hari sabtu pun kanak2 bersekolah. Inilah uniform untuk hari sabtu sekolah kanak2 disana.


Singgah sebentar @ Kampung Bengkel untuk membeli dodol & kerepek.

Kami singgah sebentar di Kampung Bengkel, disini banyak deretan kedai yang menjual pelbagai dodol & kerepek.

Packaging dodol

Disini saya cuma  membeli dodol yang berkotak pink ini dan juga pisang salai. Harga untuk sekotak dodol ini IDR 18,000 ( ± RM 5.50 )dan pisang salai berharga IDR 8,000(± RM 2.60)

Lesung yang diperbuat dari kayu.

Lesung yang diperbuat daripada kayu ini juga dijual disini. Lesung ini digunakan untuk menumbuk pucuk ubi. Dan juga boleh digunakan untuk menumbuk sambal.



Kenderaan awam yang membawa penumpang

Begini kehidupan disana. Menaiki kenderaan awam dengan penuh sesak. Terpaksa bergayut di pintu van. Keadaan jalan yang tak elok. Kedengaran bunyi hon sepanjang jalan menandakan mereka ingin memotong.Betapa untungnya kita berada di Malaysia. Kehidupan yang lebih maju dan selesa. Sepanjang jalan ada tanaman getah dan kelapa sawit. Terdapat jualan jagung, kelapa, lemang.

Banner untuk sesuatu upacara

Di sana banner untuk sesuatu upacara dibuat seperti diatas. Papan tanda ini diperbuat dari kertas & bunga plastik yang berwarna warni, banner ini disewa. Bila habis majlis/upacara papan tanda ini akan dikembalikan semula.  Sepanjang perjalanan banyak kelihatan papan tanda ini.


@ Paten Shop
Sebelum sampai di Parapat, kami singgah @ Paten Shop. Disini terdapat jualan makanan yang diperbuat daripada kekacang. Boleh cuba dulu sebelum beli. Kami cuma membeli 4 kotak kekacang sahaja. Setiap satu kotak berharga IDR 20,000 ( ± RM 6.50 ). Agak musykil juga untuk membeli di sini sebabnya tiada logo halal di kotak. Kami tanya pak Supir yang bawa kami. Katanya halal walaupun tiada logo halal. Pak Supir kami itu Islam. Jadi kami pun belilah kacang ini.


Pembinaan sebelum samapai di Parapat

Perjalanan untuk ke Parapat dah nak sampai.  Terdapat beberapa pembinaan sepanjang jalan. Mereka sedang membina kedai2. Kelihatan lake toba dari jauh.



Pemandangan Lake Toba dari kereta

Sampai di Parapat. Kami akan Samosir Island menaiki bot melintasi Lake Toba. Ikuti entry seterusnya.

Klik link dibawah untuk mengetahui  cerita tentang Medan
        

No comments:

Post a Comment