-

Tuesday 9 October 2012

Jom minum Yakult

25 botol Yakult

Jumaat lepas  ketika  En.H  hendak parking kereta di depan rumah datang penjual minuman YAKULT yang menjual minuman dari rumah ke rumah.  En.H tahu anak2 suka minum YAKULT maka 5 paket yakult telah dibeli olehnya. 5 paket X 5 botol =25 botol yakult. Yakult Ace Light berpenutup biru sesuai untuk mereka yang diet dan yang tak suka manis. Harganya mahal beberapa sen dari yang penutup merah sebab itulah beli satu je dan penutup merah.

Sukalah anak2, kalau sayalah paling banyak pun akan beli 3 paket je. Yakult ini disusun di dalam fridge dan berapa lama je yang boleh bertahan yakult itu. Tunggu dan lihat je nanti. Semestinya dua beradik ini akan minum dan minum.



Yakult ada bakteria yang dinamakan Lactobacillus casei Shirota (LcS) yang dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus.Sekaligus mengatasi masalah kesihatan di kalangan mereka yg mengambilnya. 

LcS mempunyai 3 kebaikan:
1.  Meningkatkan usus kepada aktiviti lebih sihat
2.  Menghalang bakteria perosak daripada berkembang di dalam usus
3.  Membantu meningkatkan aktiviti semulajadi dan imunisasi badan.

Yakult bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan penstabil, Yakult adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari probiotik berkualiti tinggi untuk kesihatan yang baik.

No comments:

Post a Comment