Kelantan mencatat juara |
Kelantan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, 20 Oct 2012 (sabtu) lalu.
Along ikut 4 pakcik-pakciknya. |
Dan pastinya anak2 saya juga menjadi penyokong pada hari tersebut. Adik2 En.H juga turut serta memberi sokongan kepada pemain2 Kelantan. 2 adik En.H dari Kelantan sampai di Bangi pada pagi Jumaat lagi. Kali ini adik2 En.H berkumpul di rumah adik ke 2 En.H di Bangi. Kebiasaannya rumah kamilah tempat mereka berkumpul.
Tiket perlawanan akhir piala Msia 2012 |
En.H dapat 4 tiket Percuma. Di tiket tersebut tertulis "BUKAN UNTUK DIJUAL". Tiket tersebut tidak cukup kerana En.H ada 4 adik dan satu tiket sememangnya untuk Along. Maka hanya satu tiket sahaja yang dibeli untuk mereka ber5 (4 free, 1 beli). Along ikut pakcik-pakciknya memandangkan tiket VVIP tak cukup untuk along ikut papanya. Along pun dah besar boleh la ikut pakcik-pakciknya.
En.H bersama Mukhriz berada di kerusi VVIP. Seronoklah Mukhriz kerana tak perlu bersesak2 seperti along. Memandangkan along dan En.H pergi ke stadium berasingan dan penyokong ramai, maka along terpaksa pulang ke rumah pakciknya di Bangi atas kesesakan lalu lintas pada malam itu. Masing2 pulang ke rumah sakit tekak gara2 menjerit di Stadium.
No comments:
Post a Comment