Balai Ketibaan @ KLIA |
Weekend lepas ke KLIA untuk menjemput En.H yang pulang dari Kelantan atas urusan melawat abahnya yang tidak sihat. En.H sampai jam 8.50 malam. Memandangkan ketika sampai di KLIA masih awal lagi. Maka saya mengambil keputusan untuk parking dan menunggu di Balai Ketibaan.
Singgah beli corn in cup & waffle |
Memandangkan sampai awal, 2 beradik ini singgah di gerai Nelson'S (Corn in Cup) untuk membeli Corn & Waffle. Anak2 saya suka beli Corn & waffle dari gerai Nelson's ini. Produk ini banyak terdapat dimana2 sahaja.
Kacang dari Malaysia Airlines System |
Bila dah jumpa EN.H, seperti biasa Mukhriz akan mencari kacang dari beg papanya. Mukhriz terkejut bila jumpa Kacang yang banyak itu.
Mukhriz :"papa, kenapa banyak sangat papa dapat kacang ni".
Mukhriz :"papa, kenapa banyak sangat papa dapat kacang ni".
En.H : Hari ini tak ramai yang ada dalam Flight tu. Jadi staf MAS kasi papa satu paket besar Kacang ni.
Mukhriz: Penumpang lain dapat macam ini juga ke papa?
En.H: Aah penumpang lain pun dapat juga. Ada Mat Sallleh pun terkejut kenapa kasi banyak.
Mukhriz : Habih tuuu orang lain ambil juga ke papa kacang banyak2 ni?
En.H: Mereka pun ambil juga. Sebab Staf MAS tu kasi.
Jom ke Parking kereta & Pulang Ke Rumah |
Hanya sejam berada disini dan parking yang dikenakan oleh pihak KLIA untuk sejam cuma RM4.00.
No comments:
Post a Comment