-

Tuesday 16 October 2012

Beli SK-II @ Metrojaya MidValley

Counter SK-II @ Metrojaya Midvalley


Weekend lepas saya ke Metrojaya Midvalley untuk membeli produk SK-II.


Produk SK-II

Terdapat promosi produk SK-II iaitu setiap pembelian Facial Treatment Essence 150ml(RM389) akan mendapat 4 barangan produk SK-II yang lain.


Facial Treatment Essence 150ml(RM389)


Sangat2 berbaloi jika beli masa promosi ini. Promosi ini hanya valid smp 15 Oct  2012 sahaja dan hanya terdapat di 9 counters SK-II. Dan saya memilih untuk ke Metrojaya Midvalley kerana dekat dengan rumah saya.

4 produk SK-II yang saya dapat setelah membeli Facial Treatment Essence

4 produk SK-II yang saya dapat setelah membeli Facial Treatment Essence ialah:

1.Facial Treatment Gentle Cleanser
2.Facial Treatment Clear Lotion
3. Cellumination Mask-in Lotion,
4. Facial Treatment Mask


Free RM20 voucher dengan setiap pembelian RM150

Metrojaya ada Sale dimana dengan setiap pembelian RM150 akan mendapat RM20 vouvher. Dengan pembelian produk SK-II ini saya layak mendapat RM40 voucher. Rezeki-rezeki. Voucher tersebut valid sampai 4 Nov 2012(ahad). 3 minggu lagi nak expired. Bukan setakat voucher. Malah dengan pembelian RM120 keatas layak dapat 3 jam parking percuma. Saya tak perlu bayar parking kali ini kerana kami berada di Midvalley tidak melebihi 3 jam.


Guna RM40 voucher yang dapat untuk beli Facial Treatment Mask

Saya mengambil keputusan untuk terus menggunkana voucher RM40 tersebut untuk membeli facial treatment mask  yang bernilai RM47. Hanya RM7 sahaja saya topup.


Dapat gift(cookies dr delectable.com.my) dari pihak SK-II

Masa dah bayar semua cashier berikan saya plastik Metrojaya yang biasa. Kemudian saya pun bertanya kepada staf SK-II,


Saya : miss tak de ke paper bag SK-II?

Staf SK-II : Kak dah habih stok la kak, lagipun sekarang tgh sales memang tak kan dapat paper bag

Saya: Betul ke tak dah habih stok?

Staf SK-II  : Iya kak.

Saya: Tak pe lah kalau macam tu.

Staf SK-II  : Kak, saya ada gift nak kasi akak.

Saya: Gift? Gift apa?

Staf SK-II  : Kak terimalah gift lain dari pihak kami sebab tak ada paper bag SK-II. Serius kak memang dah habih stok.

Saya: Hati berbunga2 bila dapat gift dalam kotak yang cantik tu.


Dapat cookies dari delectable.com.my. Terima Kasih untuk pihak SK-II kerana berikan gift tersebut. Rezeki di hari kelahiran saya yang ke 3* kerana hari itu ialah hari lahir saya.



No comments:

Post a Comment