Peraduan RapidKL |
Kepada pengguna MyRapid jom kita sertai peraduan yang dianjurkan oleh pihak RapidKL sempena ulang tahun ke 8.
Bagi pengguna public transport cuma topup RM30 dapat menyertai
peraduan ini. Sila isi nama, ic dan no telefon di resit topup tersebut
dan masukkan resit topup ke dalam kotak peraduan yang disediakan oleh
pihak RapidKL.
Mana tau kot2 ada rezeki kita kan.
Saya ni kalau bab2 peraduan susah nak menang. Apa pun tetap try juga
mana tahu kot2 ada rezeki nanti. Sekadar tulis nama,ic dan no
telefon macam senang sahaja peraduan ini. Peraduan ini bermula 1 september 2012 pada dan
akan berakhir pada 30 Nov 2012.
Saya ada 2 kad MyRapid sebab pernah tertinggal kad MyRapid dek gara2 tukar handbag terlupa ambil kad ini. Beli satu lagi, satu letak dalam wallet dan satu lagi selet dlm handbag. Kalau tukar handbag dah tak jadi masalah kerana saya tak suka tukar wallet.
Sebulan saya cuma perlukan RM 83-90 untuk kegunakan kad MyRapid ni untuk penggunaan LRT Sri Petaling/Bukit Jalil - Sultan Ismail - Sri Petaling/Bukit Jalil. Untuk menyertai peraduan ini saya topup dulu RM30 X 2 untuk 2 peraduan. Dan akan topup lagi RM30 untuk next week untuk satu penyertaan lagi. Jom kita cuba isi peraduan ini.
No comments:
Post a Comment