-

Thursday, 18 October 2012

Awan Dania The Movie(Special Screening) @ TGV Wangsa Walk

Awan Dania The Movie(Special Screening)

16 oct 2012 kami ke TGV Wangsa Walk untuk menonton Awan Dania The Movie. Pihak Firefly berikan kami 6 tiket Awan Dania The Movie (Special Screening) ini kerana menggunakan penerbangan Firefly.

6 tiket Awan Dania The Movie(Special Screening)

Inilah 6 pass itu. Kami hanya ber4. Jadi 2 tiket lagi saya bagi pada ofismate saya. Pada mulanya tayangan ini sepatutnya di Cathay Cineleisure, Damansara. Tetapi telah diubah ke TGV Wangsa Walk.

My kidz
Beginilah situasi 2 beradik bila nak tonton movie. Semestinya kan beli minuman dan pop corn dulu sebelum masuk menonton. Mukhriz nak popcorn & air yang bekas airnya ada gambar Ice Age 4. Layan je la. Sebabnya masa pegi tonton Ice Age 4 kat GSC Setia Mall bulan ogos hari tuu tak ada promosi macam itu.


Along yang sedang membaca buku sains

Memandangkan minggu ini minggu exam. Saya dan along tonton movie ini dalam 45 minit sahaja sebabnya kami kelaur dari TGV untuk buat revision sains sama2. Kami lepak @ Chatime. Hanya Mukhriz & En.H je yang layan movie sampai habis.  Tayangan ini hanya 1jam 45 minit je. Jam 10.45 Mukhriz & En.H keluar. Terus gerak balik rumah.

No comments:

Post a Comment