-

Tuesday, 23 October 2012

Mukhriz yang kebosanan - jom kita ke Subang Parade

Singgah beli minuman CoolBlog

Ahad lepas Mukhriz kebosanan kerana Along tak ada di rumah. Along ke rumah pakciknya @ Bangi selepas menonton bola piala Malaysia di Stadium Shah Alam. Pagi ahad, En.H nak jumpa kawan-kawannya @ Holiday Villa Subang. Maka Mukhriz pun beriya2 nak ikut papanya ke Holiday Villa Subang. Saya nak kemas rumah. En.H tak mahu bawa Mukhriz takut Mukhriz boring nanti, sebabnya dah jumpa kawan-kawannya nanti takut lama pula borak. 

Dari pagi muncung je Mukhriz sebabnya En.H tak mahu bawa dia. Maka saya pun mengambil keputusan untuk bawa Mukhriz jejalan @ Subang Parade. Minta En.H dropkan kami @ Subang Parade. Dan pesan kat EN.H jangan lama2 sangat bila dah jumpa kawan. Begitulah aktiviti En.H, setiap kali ada bola dari pasukan Kelantan, ramai2 lah kawan2 nya dtg dari Kelantan dan ketika itulah mereka berjumpa di KL.

Sampai di Subang Parade Mukhriz tergoda dengan minuman CoolBlog. Terus belikan minuman coolBlog perisa Watermelon + bubble. Cuma RM3.10 sahaja. Terus jejalan ke Parkson. Tak beli apa-apa pun.

Beli buku @ MPH


Kemudiannya kami ke MPH. Lama juga kami di MPH. Saya mencari buku rujukan Islam untuk menambah ilmu. Mukhriz pula sibuk pilihan komik. 
 
Makan Pizza

Selesai membuat pembayaran di MPH kami pun ke Pizza Hut untuk Lunch. Duduk lama2 kat Pizza Hut sebabnya dah tak ada idea dah nak pergi. Kami cuba order 1 kid's meal & 1 Hut's Power Meal.

menu - kids eat for free

Pembelian RM20, kids eat for free(below 120cm). Mukhriz dapat juga set free tersebut walaupun ketinggiannya sudah melebihi 120cm. Masa kami order pizza tuu staf tersebut terus cakap "kak, anak akan akan dapat 1 free meal".  Dalam hati saya baik pula staf nii. Mukhriz dah lebih 120cm pun masih dapat free meal. Maka Mukhriz memilih Carbonara  spagetti dan air soya.  

Pameran silap mata

Selesai makan kami kat pameran perumahan yang diadakan disitu. Ada pameran silap mata ketika itu. Tak berapa lama selepas itu dapat call dari En.H katanya "jom balik, dah settle urusan dengan kawannya". Yes2 dah boleh balik rumah.



No comments:

Post a Comment