-

Monday, 1 October 2012

Peperiksaan UPKK(Ujian Penilaian Kelas KAFA)

 
UPKK 2012 ( 1 oktober -4 Oktober)





Peperiksaan ujian penilaian kelas KAFA (UPKK) telah dilaksanakan pada tahun 1994.

Matlamat UPKK ialah: Untuk menilai tahap kemahiran & kebolehan pelajar dalam bidang pembacaan & hafazan Al-Quran serta amal ibadat & cara hidup Islam.

Menilai tahap pengetahuan & kefahaman pelajar dalam aspek fardhu ain. Menilai tahap keberkesanan amalan amalan asas cara hidup Islam dikalangan pelajar. Menilai kemahiran pelajar dalam membaca & menulis jawi. Menilai keupayaan, kecekapan & kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis bahasa arab.


Buat Along, mama dan papa doakan agar along dapat menjawap soalan dengan tenang. Dan berjaya dalam peperiksaan ini. Apapun keputusan nanti, mama dan papa tetap bersyukur. SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPKK buat ALONG.

Untuk pelajar tahun 5 .
SELAMAT MENJAWAP SOALAN UPKK DGN TENANG,
BETUL DAN MENDAPAT KEJAYAAN YG CEMERLANG.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment