-

Friday 9 March 2012

Kenduri Kendara di Musim Cuti Sekolah

Gambar dari GOOGLE

10- 18 mac cuti sekolah bermula. Macam-macam plan untuk keluarga. Dan semestinya kenduri kendara menjadi acara wajib. Sebagai ibubapa pula, mula mencari idea untuk aktiviti bersama anak-anak sepanjang cuti sekolah ni. 

Majlis Pertunangan 11 June 2011.
Permulaan cuti sekolah mac ini, akan dimulakan dengan adik lelaki saya iaitu MAjlis akad nikah yang akan berlangsung di Segamat Johor pada 10 Mac. Dan Majlis Perkahwinan akan berlangsung pada 11 Mac di rumah pengantin perempuan. Moga mereka berbahagia melayari alam perkahwinana dan diberkati. Majlis perkahwinan bagi pengantin lelaki(adik saya) akan diadakan lambat sikit iaitu pada 2 Jun 2012.

Majlis Pertunangan 02 Sept 2011
Majlis Pertunangan bertemakan pink ini pula akan melangsungkan perkahwinan 28 May 2012 di rumah pengantin perempuan. Manakala pihak pengantin lelaki(adik ipar) pada 31 May 2012. Cuti penggal ke 2, terpaksa la saya mengambil cuti 1 week untuk majlis perkahwinan nanti. Lamanya nak kena cuti.

Majlis Pertunangan 01 Sept 2011
 Majlis pertunangan adik perempuan saya ini dilangsungkan pada sept tahun lalu. Katanya akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini. Oh penuh cuti sekolah untuk tahun ini. Namum Majlis Perkahwinan belum tetap harinya memandangkan tunang adik saya ini berada di Lubnan menjalankan tugas demi negara. Harap2 tarikh itu di anjak ke tahun 2013. Penat betul kalau bab2 kenduri2 nii. Kita yang tak berapa nak muda nii(saya la tuu) terasa kepenatan. Inikan pula mak dan ayah yang menjadi tuan rumah majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment