Beg yang disediakan untuk mengisi kasut |
Selasa lepas saya cuti untuk meluangkan masa bersama anak-anak sempena cuti sekolah. Destinasi pertama yang dituju ialah Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam yang terletak di Seksyen 13. Memandangan library ini semuanya berkarpet, pastikan sebelum masuk ke kawasan mbuka kasut dan masukkan kasut tersebut didalam beg yang disediakan. Dah masukkan dalam beg boleh la bawa beg kasut/selipar anda ke mana anda pergi. Bila nak keluar dari library. Jangan la bawa pulang beg tu ya. Tu milik library. Tak mau letak dalam beg pun tak mengapa. Tapi susun elok-elok ya.
Sila isi borang ahli untuk menjadi ahli |
Untuk menjadi ahli, sila isi borang keahlian yang disediakan. Rujuk kaunter yang betul ya. Jangan segan-segan nak bertanya. Bayaran yang dikenakan cuma 20 sen seorang. Untuk dewasa guna IC sahaja, tiada kad ahli diberikan. Manakala untuk kanak-kanak boleh guna mykid. Jika tiada mykid kad ahli akan diberikan. Setiap ahli dibenarkan meminjam max 3 buah buku selama 3 minggu. Jika lewat akan didenda sebanyak 50sen setiap buku.
Ruang makan yang selesa |
Selesai menjadi ahli kami pun breakfast dulu, walaupun saya dah siapkan sarapan pagi tadi anak2 tak makan pun. Anak2 saya sangat teruja nak pergi library. Maka kami sekeluarga pun membuat pilihan masing2. Setelah mendapat makanan. Silalah memilih tempat yang sesuai. Ruang makan yang selesa.
Parking oh parking |
Nun dari kejauhan, kelihatan parking kereta penuh. Dan pastinya ramai yang datang berkunjung membawa anak2. Al-maklum la cuti sekolah. Satu aktiviti yang bagus.
Sebelah kanan, kanak2 berbaju biru. Orang lain membaca, dia pula asyik duk panjat pokok tuu. Salah satu aksi yang memeningkan ku. |
Seterusnya kami masuk ke kawasan bacaan kanak-kanak. Ramai kanak-kanak dan family disitu. Saya rasa dah tak macam library dah. Ada kanak2 yang berkejar di sebalik susunan buku. Ada yang memanggil abang, kakak adik dan sebagainya. Ada yang mengambil buku banyak2 dan letak buku merata2. Tetiba saya tak selesa mungkin disebab suasana ketika itu terlalu ramai. Bukan saya sahaja yang merasakan begitu, anak2 saya pun dah mula ajak keluar dari library. Ada juga saya perhatikan beberapa keluarga yang sama masuk dengan saya tapi keluar ke parking bersama saya.
Dek kekecewaan itu maka saya pun memberi idea untuk anak-anak untuk beli buku di MPH yang terletak dalam Giant Seksyen 13. Insya Allah jika ada kelapangan masa, saya akan ke sana lagi. Kalau masa cuti sekolah mungkin tidak ke sana lagi.
No comments:
Post a Comment