Majlis Akad Nikah untuk adik lelaki saya berlansung pada 10 Mac 2012 di Felda Pemanis, Segamat. Saya bertolak dari rumah jam 10.10 pagi. Saya tak konvoi untuk majlis ini. Agak2 tau ke destinasi yang disini. Agak2 tau itu bermakna rasa macam tau, tapi perlukan sms dan calling2 adik beradik untuk sampai ke destinasi. Ini kerana ingat2 lupa walaupun dah ke tempat tersebut semasa majlis pertunangan Jun tahun lalu.
Jam 1.15 kami sampai di Masjid Felda Pemanis. Ahli keluarga lain semua dah sampai awal. Ini tidak bermakna saya lewat. Sebenarnya jam untuk berkumpul ialah pukul 2 di majlis tersebut. Saya ingatkan majlis akad nikah dibuat di Masjid tapi anggapan saya salah rupanya. Majlis Akad Nikah adalah di rumah pengantin perempuan rupanya. Maka ahli keluarga pun bergerak menuju ke tempat sepatutnya.
Sesi teliti borang2 sebelum akad nikah. |
Debaran pengantin bermula. |
Dengan sekali lafaz. Sah mereka ber2 bergelar suami isteri. |
Sesi membatal air sembahyang |
Bacaan selawat beramai-ramai. |
Ayah dan mak saya bersama kedua mempelai. |
2 ekor lembu untuk majlis tersebut. |
Tolong menolong untuk menjayakan majlis. |
Masing-masing mempunyai tugas tersendiri. |
No comments:
Post a Comment