-

Friday 2 March 2012

Sesi Ulangkaji

Gambar dari google image
 Minggu depan along akan menghadapi peperiksaan. Maka ulangkaji pelajaran pun bermula. Along dah tiada halangan untuk buat ulangkaji tetapi disebabkan homework yang agak banyak. Maka terpaksa la ulangkaji sekadar termampu. Al-maklum lah along dah tahun 5. Tahun depan dah nak UPSR.
Gambar dari google image
Bila buat ulangkaji Matematik mula la mencari2 formula. Macamana nak tukar liter kepada milimeter, Cm ke mm, kilometer  ke gram, jam ke minit dan mcm2 lagi. Perlukan kesabaran seorang ibu untuk melayan kerenah.

Gambar dari google image
Bila buat ulangkaji BM pula. Topik tentang kata majmuk, kata transitif dan macam2. Alamak mana mama ingat. Maka buku rujukan terpaksa dibeli. Beli je tau belum sempat baca ke tak.
Gambar dari google image
Bila ulangkaji sains pula. Saya banyak buat kuiz untuk Along. Along sangat suka subjek ini. Macam2 idea dari along. Rancangan Astro banyak mendedahkan ilmu sains seperti rancangan Astro TVIQ, eksperimen yang dilakukan banyak menolong meningkatkan pemahaman pelajar2 terhadap sains . Walaupun terdapat subjek lain, tapi along sangat suka dengan rancangan sains ini.
Gambar dari google image
Bila ulangkaji english. Saya serahkan tugas itu kepada En.H. Maka along dengan seriusnya belajar. Anak-anak ni, kalau dengan papanya dengar kata sikit, berbanding belajar dgn mamanya. Lagipun kalau english mamanya tak pandai nak mengajar.

Setelah penat ulangkaji, sebagai ganjaran saya pasti sediakan makanan dan minuman seblm masuk tidur. Kali ini saya goreng kentang dan dimakan dengan Jalapeno Cheese. Sesi menambahkan berat badan.

No comments:

Post a Comment