-

Friday 16 March 2012

Jom mencari buku di MPH

Along yang tengah memilih
Along pengemar komik. Macam2 komik menjadi pilihannya. Koleksi komik berbahasa melayu menjadi sasaran along. Masa along kecil2 dulu,komik kartun yang sering dibeli ialah sperti siri doremon, detektif conan dan naruto. 

Koleksi komik yang membuatkan Mukhriz tak tau nak pilih.
Kini along lebih gemar memilih komik berunsurkan pengetahuan am. Antara koleksi yang telah dikumpul dari Gempak Stars ialah Siri Jelajah Dunia. Terdapat 6 siri untuk Jelajah Dunia iaitu kembara jelajah negara2 seperti Amerika, Perancis,China, Mesir, Jepun dan India. Hanya kembara jelajah India belum dimiliki oleh Along.

Ini Along Punya
Untuk pilihan kali ini, along memilih Ekspolasi Tubuh Manusia. Terdapat 3 siri. Terus beli siri 1,2,3. Sebuah buku berharga RM8.50. Sangat bagus untuk anak2 yang gemarkan sains dan sukakan pengetahuan am.

Ini Mukhriz Punya
Mukhriz pun dah mula mengikuti kegemaran along. Mereka ber2 sangat suka baca suratkhabar, tgk berita dan sering bercerita tentang bola. Kini Mukhriz menambah satu lagi kegemaran dengan membaca komik. Mukhriz memilih siri Ikhtiar Hidup Di Kawasan Gunung Berapi.


Ini Feqah Punya
Kalau abang2 dah beli tak kan Feqah tengok je kan. Semestinya satu buku juga akan menjadi milik Feqah. Feqah nii kekadang pelik betul dengan dia nii. Beli banyak2 buku mesti dia kan suka guna buka abang2 sebelum ni. Alasan Feqah "Feqah sayang nak conteng buku Feqah". Nak beli buku cerita belum waktunya untuk Feqah kerana dia baru belajar sukukata. 

Hasil pembelian


Setiap kali ke kedai buku anak2 saya mula tak tentu hala memilih. Pilih-pilih mama kasi masa semua pilih.Lepas semua pilih, mama pula yang akan buat pilihan ya. Sila akur dengan keputusan mama. Anak-anak dah tau dah. Itulah saya.

No comments:

Post a Comment