-

Monday, 26 March 2012

Desa Waterpark


 Ahad 25 Mac 2012 saya ke Desa Waterpark. Kebetulan cuaca ahad itu mendung, sangat sesuai untuk berada lama di sana.

Kaunter tiket. RM24 Adult. RM17 Child.

Sebelum masuk pastikan anada membeli tiket. Memandangkan jam baru 10.10 pagi, bolehlah saya mengambil gambar kaunter tersebut. Tiket untuk 2 dewasa dan 3 kanak-kanak berharga RM99.


Tiket untuk masuk ke Desa Waterpark

Bila dah dapat tiket bolehlah pakai sendiri tag tersebut. Kalau rasa macam susah nak pakai tag tersebut, bolehlah berikan tag tersebut untuk staf di pintu masuk untuk mereka lekatkan kat tangan kita / pengunjung. Maklumlah tangan penuh dengan barang2 seperti beg pakaian dan pelampung. 

Pastikan ada sunblock

Sapukan sun protection kepada anak2 sebelum mereka berjemur. Dan selepas berjemur sapukan juga gel after sun. Macam2  produk ada sekarang. Buatlah pilihan yang bersesuai dengan anda.




Kebiasaanya bila berada di waterpark semestinya menyewa pelampung. Pastikan anda pulangkan semula pelampung tersebut untuk dapatkan deposit. Sesiapa yang menyewa, diberikan tag yang dipakaikan di tangan. Semasa menghantar pelampung tersebut, anda diberikan deposit dan tag tersebut akan digunting dari tangan anda. Pastikan memulakan pelampung selewat-lewatnya pukul 5 petang untuk mendapat kembali deposit. 




Jam 2.00 kepada sesapa yang berminat nak cuba aktiviti Thunderboat boleh lah beratur. Hanya 15 minit masa diberikan untuk beratur bagi aktiviti tersebut. Jika tamat 15 minit sesapa yang dah beratur layak untuk mencuba aktiviti Thunderboat. Sekiranya lebih masa, sila bawa diri ke tempat yang sepatutnya. Maka, En H, Mukhriz dan Along pun turut beratur. Pastikan anak anda cukup ukuran. Kalau tak sia-sia beratur. Anak2 saya suka dengan aktiviti tersebut. Feqah nak join tapi tak cukup tinggi. Saya pula gayat kalau berada di tempat tinggi. 

2 beradik yang tak kenal erti penat
Berhenti sebentar menikmati maggi. Satu cup maggi ni RM3.50. Share lah ya.

Tangan mukhriz yang kesejukan.

No comments:

Post a Comment