-

Thursday, 22 March 2012

Produk Kesihatan - saya pilih produk DCL

Tugas sebagai seorang ibu yang bekerja dan seorang ibu yang menguruskan rumahtangga sangatlah memenatkan. Seawal 5.30 pagi bangun menguruskan rumahtangga. Sediakan sarapan untuk anak-anak untuk ke sekolah sementara menunggu azan subuh. Tunaikan solat, dan mulakan tugas sebagai ibu. Siapkan barang2 persekolahan untuk dihantar ke nursery. Macam2 benda perlu diuruskan sebelum melangkah ke  ofis.

Red Guara dan Jus Bidadari pilihan saya
Maka untuk mendapat tenaga yang sepatutnya saya mengamalkan meminum kopi Red Guara. Saya rasa saya bertenaga, dan boleh mengatasi masalah pembuangan. Ada yang mengatakan mengamalkan kopi ini boleh menurunkan berat badan, tapi bagi saya jawapannya tidak. Macam mana nak turun berat badan kalau makan tak dikawal.

Gunakan sudu plastik untuk minum jus ini

Saya juga menggunakan jus Bidadari. Jus Bidadari mampu meningkatkan kesihatan dalaman wanita dan paling utama ia sangat berkesan untuk membina keyakinan diri dan kebahagiaan rumahtangga. Slogan jus bidadari, baca sendiri apa yang terpapar dikotak dan botol, punyalah mantap slogannya. Cubalah kalau mau tau betul atau tidak seperti yang dislogankan. Saya mengamalkan jus ini khas untuk kesihatan dalaman, al-maklumlah usia makin meningkat.

No comments:

Post a comment