-

Wednesday, 7 March 2012

Red Warriors

Depan kedai Red Warriors
Red Warriors sudah pastinya untuk anak Kelate. Mukhriz peminat bola. Sangat suka akan borang2 yang berlabelkan Red Warrior. Tambah-tambah lagi warna merah sememangnya menarik perhatian. Masa nak pulang dari Kota Bharu ke Subang, ada satu kedai Red Warriors yang menarik perhatian Mukhriz. 
Mukhriz mengambil masa agak lama untuk membuat pilihan. Dia sangat berkenan dengan jersi. Faham-faham je harganya. Akhirnya Mukhriz membuat 2 pilihan iaitu pensil Red warrior 12 batang yang cuma RM6.90 dan 1 paper bag Red Warriors yang berharga RM5.
 
Feqah memegang pensil Red Warriors. Mukhriz happy dapat barang Red Warriors
Setelah membuat bayaran, maka berjalan la Mukhriz dan Feqah ke bilik menunggu. Sempat lagi Feqah membeli kudapan-kudapan. Kata Feqah " Feqah nak isi makanan dalam beg Red Warriors ini". 

Feqah yang belum pulih sepenuhnya dari demam dan sakit perut.

2 beradik yg leka menonton TV
Setelah 2 beradik mendapat bahagian masing-masing. Mereka pun khusyuk menonton TV sambil menunggu masa untuk terbang ke KL.

No comments:

Post a Comment