-

Tuesday, 6 March 2012

Kisah Balik Kg

Balik Kampung, OOO balik kampung. Perasaan gembira semesti terselit di naluri kita bila nak balik kampung. Saya telah membuat tempahan dari Subang ke Kota Bharu untuk penerbangan Firefly 3mac-5mac. Sememangnya saya tahu 6 mac adalah hari peperiksaan untuk 2 anak saya. Tapi itulah tarikh yang agak sesuai , memandangkan jadual En.H terlalu Padat dengan kerja-kerjanya. Pada saya, mereka cuma ponteng 1 ari iaitu hari isnin dan bolehlah mereka membaca di kampung.  


Pada 1 mac 2012, along memberitahu saya "mama, boleh tak along tak balik kampung, along nak baca buku kat KL, mama tak payah la balik kg, mama temanlah along kat KL". Agak terkejut saya mendengar permintaan along. Terus saya berbincang dengan En.H. Akhirnya, En.H memberi kata putus bahawa biarlah dia balik bersama Feqah dan Mukhriz kerana Mukriz dan Feqah dah tak sabar2 nak balik kampung.Manakala saya tinggal di KL bersama Along, maklum la along sekarang dah darjah 5. Demimu along mama korbankan segalanya. Mukhriz dan Feqah tak menjadi masalah untuk berpisah dengan saya kerana mereka ber2 sudah biasa pulang ke KG tanpa saya. Contohnya jika En.H ada urusan di Kg sekadar sehari dua anak-anak sering mengikut papanya.


 3 Mac 2012 seawal pagi saya dah mengejutkan anak2 saya kerana flight pukul 7.15pagi. Jam 6.15 kami sudah sampai di airport Subang. Saya kelihatan Feqah tak berapa sihat kerana mukanya yang agak pucat dan letih. Bila saya tanyakan Feqah "betul ke nak balik kg dengan papa?". Feqah menjawap "Feqah nak balik kg, tinggal mama, tinggal along, Feqah ada papa, Feqah ada mukhriz". 

Naluri ibu sememangnya kuat. Feqah demam setibanya di Kota Bharu. Ya Allah, hati saya begitu bimbang sekali. Namun saya yakin En.H tau apa yang perlukan. Feqah demam kerana sakit perut. Sesungguhnya Feqah sering sakit perut sejak kelahirannya. Feqah kental mengharungi kesakitan yang kadangkala saya sendiri tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaannya. Saya pasrah dengan ketentuan Ilahi dan reda dengan ujian yang diberikan.

2 hari Feqah terbaring, En.H yang menggantikan tugas seorang ibu. Hati saya tak sabar2 nak ketemu Feqah. En.H memberitahu saya bahawa Feqah begitu kuat. Feqah tidak menyebutkan nama "mama" sepanjang kesakitannya. Namun, akhirnya Feqah gagal mengawal perasaan rindunya. 4 mac, bila azan Maghrib berkumandang, Feqah memeluk papanya dan menangis teresak-esak. Feqah menyebut "Feqah nak mama, Feqah nak mama gosok perut Feqah". Saya menerima call time tuu juga dari En.H. Sebagai seorang ibu semestinya saya mengalir airmata bila mendengar tangisan anak. Tak sabar2 saya menanti kepulangan Feqah malam 5 mac.

5 mac selesai urusan along ke Sekolah Kebangsaan, saya mendapat call dari En.H mengatakan Feqah dah beransur pulih. Pepagi lagi Feqah dah bangun dan tak sabar nak jumpa saya. Alhamdulilah, jam 11.00 malam 5 mac kami ber5 bertemu.

Moralnya disini, jika kita sakit semestinya mahu ibu disamping kita. Belaian ibu boleh meredakan kesakitan kita.

No comments:

Post a Comment