2nd time ke Kidzania |
2nd time ke Kidzania pada 30 Jun (Ahad). Dah lama beli tiket ini. Kali ini saya hanya bersama Mukhriz. Along tak ikut kerana Along ada tuition setiap pagi ahad. En.H pula tidak dapat pergi pada 30 jun itu kerana kepenatan dek gara2 tengok bola 29jun. Memandangkan saya cuma menggunakan hanya 1 tiket adult dan kids. Maka saya pun mengajak kawan saya bersama anaknya ke Kidzania.
Tak lama pun saya berada di Kidzania kali ini. Ini kerana apa petang Ahad, Mukhriz ada Penukaran Tali Pinggang Karate pula.
Klik link ini untuk cerita 1st time ke Kidzania saya dan anak2.
Aktiviti @ Kidzania : Bottle Operation. Perlu bayar 4 kidzos untuk aktiviti ini. Mukhriz belajar macam mana air ditapis. Selepas selesai, dapat air mineral 300ml. |
Aktiviti @ Kidzania : Factory Delivery. Aktiviti ini perlu mendapatkan kotak Sea MAster di 3 tempat yang diberikan. 2 tempat di Level 1 dan 1 tempat di GF. Selepas selesai tugasan, dapat 4 Kidzos. |
Aktiviti @ Kidzania :Vitagen Marigold MiIk Factory. Perlu bayar 6 kidzos untuk aktiviti ini. Aktiviti ini menerangkan pemprosesan vitagen dan kebaikan vitagen. Selesai tugasan dapat 1 vitagen. |
Aktiviti @ Kidzania : Junior Notebook Engineer. Dapat 10 kidzos dan sijil penyertaan. Mereka diberi penerangan tentang notebook dan internet. |
Aktiviti @ TM Telecomunications Centre :Disini Mukhriz belajar macam mana nak tahu kerosakan yang berlaku dan dimanakah tempat yang perlu diperbaiki. Dapat 10 Kidzos untuk aktiviti ini. |
Aktiviti @ Kidzania: Job Seeker. Di sini Mukhriz belajar buat resume. 3 kidzos perlu dibayar. Selesai tugasan. resume itu di print. |
Aktiviti @ Kidzania: Chef. Di sini Mukhriz belajar buat tuna pizza. 10 kidzos untuk aktiviti ini. Dapat makan tuna pizza dan dapat 1 tin tuna magic dari ayam brand untuk dibawa pulang. |
Aktiviti @ Kidzania: Pilot. Lama beratur disini. Inilah aktiviti terakhir Mukhriz kali ini. Mukhriz suka aktiviti ini. Masa 1st time pergi, aktiviti ini awal2 sekali dia cuba. Dapat 10 Kidzos. |
No comments:
Post a Comment