Berbuka puasa @ Park Royal Hotel KL |
25 July (Khamis) saya dan anak2 join majlis berbuka puasa company En.H& partnernya. Hari khamis dipilih kerana jumaat bagi pekerja2 Selangor adalah public holiday(nuzul Al_quran) bersambung pula dengan sabtu, ahad. Sangatlah sesuai berbuka beramai2 semalam.
Buffet ramadhan @ Park Royal Hotel untuk dewasa ialah RM98++ dan RM49++ untuk kanak-kanak. Buffet ini ditutup jam 10.30malam.
Jam 6.30 petang kami bertolak dari rumah. Dan alhamdulilah sampai jam 7.05 malam. Masih ada masa untuk lepak2. Tengok tu, Along siap main games lagi sementara tunggu berbuka. Masa kami sampai para tetamu dah start mengambil menu masing2.
Kami berbuka ala kadar dulu. Kami menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum surau ramai dengan tetamu. Selepas solat kami sambung semula makan2 tersebut. Masa itu, kelihatan tetamu sudah kekenyangan.
Giliran kami pula menjamu selera. Untuk mengelakkan kekenyangan, kami sempat lagi lepak di level 2 bersama rakan karib En.H yang bekerja di sana. Jam 9.00 malam baru kami turun semula ke tempat makan semula.
Jam 9.15, masing2 dah nak pulang. Tapi kami lepak disini sampai jam 10.15 malam. Hanya 5 meja sahaja yang ada tetamu yang borak borak. Nak makan dah kenyang sangat. Masa inilah saya snap beberapa gambar.
Ulam-ulam |
Menu ini ilah Briyani Tanam Ayam. |
Sebelum pulang jom main pelita ini. Panas tak kalau pegang api pelita ni. Cuba2. Inilah ragam anak2 ku. |
Lepak pula @ Lobi hotel. 5 Hero yang sedang membesar. |
No comments:
Post a Comment