Setiap kali mendapat jemputan menonton bola, anak-anak saya akan tertanya-tanya siapakah yang akan dibawa oleh papa mereka menonton perlawanan bola. Dan kali ini, Mukhriz berpeluang mengikuti papanya menonton Perlawanan Bola (Malaysia XI vs Chelsea FC).
Sejak arwah Feqah Insyirah sudah tiada saya agak malas untuk ke stadium menonton bola. Kebiasaannya saya juga akan turut ke stadium untuk menonton bola kerana ketiga2 anak saya mahu ikut serta bila papanya menonton bola. Bila arwah Feqah Insyirah sudah tiada, hanya salah seorang dari Mukhriz atau Along yang akan ikut papanya kerana seorang lagi akan menemani saya di rumah.
Perlawanan Chelsea FC Asia Tour 2013 berlangsung jam 9.45 malam di Stadium Shah Alam. Pasukan pilihan Malaysia XI (Harimau Malaya) ditewaskan oleh pasukan Chelsea FC 4-1.

Kad Jemputan Menonton Bola Malaysia XI vs Chelsea FC |
Malaysia XI (Harimau Malaya) ditewaskan oleh pasukan Chelsea 4-1
No comments:
Post a Comment