Decoration Ramadhan & Raya @ Shah Alam Mall, Seksyen 9. |
Ahad petang, kami sekeluarga ke Shah Alam Mall Section 9 untuk membeli casing tablet yang makin lusuh. Payah benar mencari casing tablet samsung 8.9 inci ni. Masa beli hari tuuu, konon2nya nak lain dari yang lain dan nak limited edition, tak pasal2 susah pula nak dapatkan casing baru sebab tak banyak kedai yang jual.
Dapat juga casing tablet samsung yang baru |
Akhirnya kami dapat juga menukarkan casing tablet yang berwarna purple kepada warna hitam. Siap minta tauke kedai pasangkan terus dan masukkan casing tablet lama dalam box casing baru.
Pelbagai pilihan koleksi baju raya @ Shah Alam Mall, Seksyen 9 |
Pelbagai pilihan koleksi baju raya terdapat di sini. Cuci mata kejap disini. Last2, 3 hero saya menghilangkan diri ke MBG membeli buah mangga. Mereka boring menunggu saya melihat koleksi baju raya, sebab mereka tahu confirm saya tak beli.Ini kerana saya dah tempah baju kurung.
Katalog Hari Raya dari Habib Jewel & Beg pembelian barangan Habib Jewel |
Baru je dapat barang HABIB ni ketika mother's day may lalu. Masa tuu RM155 segram. Dapat lagi beg diatas. Saya siap pesan kat akak HABIB tuu, jangan lupa simpankan saya sampul duit raya, nanti saya datang lagi membeli di Shah Alam Mall. Kakak tu dah memang kenal kami, jadi dia kata "ok2, jangan lupa datang singgah nanti".
Memandangkan masa kami keluar dari shopping mall ini dah nak Maghrib, maka kami mengambil keputusan untuk solat Maghrib di surau Seksyen 7, kebetulan ada ceramah agama selepas Maghrib hingga Isyak. Ceramah tersebut menceritakan "Kelebihan Ramadhan". Alhamdulilah, berpeluang mendengar ceramah ini dan ceramah ini sangat menarik perhatian kami sekeluarga dan ahli jemaah yang lain.
No comments:
Post a Comment