Awal pagi tadi senang sibuk memasak dan membasuh pakaian didapur, dengar jiran bertentangan dapur dgn dapur memanggil nama saya. Lalu dia menunjukkan buah durian kepada saya dan berkata "kak, kejap lagi mimi datang drop buah durian kat rumah kak semasa nak hantar anak ke sekolah agama". Saya menjawab "ok2, nanti hon tau kot2 masih didapur". Seperti yang dijanjikan maka jiran saya pun singgah di rumah saya sebelum menghantar anaknya ke sekolah agama, dimana sek agama memang dekat dengan rumah saya.
Ingatkan hanya durian sahaja, TAPI jiran saya siap bagi pulut dan santan. Sangat2 sesuai makan pulut durian petang nanti. Bukan itu sahaja, rambutan dan pisang juga diberikan.
Ingatkan hanya durian sahaja, TAPI jiran saya siap bagi pulut dan santan. Sangat2 sesuai makan pulut durian petang nanti. Bukan itu sahaja, rambutan dan pisang juga diberikan.
No comments:
Post a Comment