Al Fatihah buat Arwah Feqah Insyirah |
27 July tetap menjadi hari yang bersejarah buat kami. 6 tahun yang lalu, lahirlah seorang insan kecil yang bernama Feqah Insyirah. Terlalu indah hadirmu duhai anakku. Hari ini, GENAP 6 TAHUN usiamu. Walaupun insan kecil ini sudah tiada didunia, namun insan kecil ini tetap wujud dalam hati kami. Kami terlalu rindu padanya.
Hadirmu terlalu indah. Dan hadirmu berikan kebahagiaan.
Kini tiada lagi pelukan mesra darimu dan untukmu. Tiada lagi rengitan manjamu minta didukung. Tiada lagi kekecohan mu bersama abang-abang mu. Yang ada, cuma kenangan yang tak bisa dilupakan buat selama-lamanya.
Terima kasih YA ALLAH kerana berikan peluang untuk memiliki insan kecil ini walaupun hanya seketika(4 tahun 10 bulan). Redha dengan ketentuanMU. Begitu senang insan kecil ini menghembuskan nafas terakhirnya. Sungguh Agung ketentuanMU.
Duhai insan yang bernama arwah Feqah Insyirah, jadilah puteri disana dan tentunya di alam sana terlalu indah buatmu. Indahnya perancanganMU Ya Allah, di kala hambaMu mencari2 dalam kegelapan. KAU berikan cahaya untuk membimbing dan memberi kekuatan kepada hambaMU bertemankan kesabaran dan perasaan Redha. Terima Kasih, Ya Allah atas pemberianMU.
Hari ni, dikala jam 2.30 petang kami berada di ruang parking berhadapan hospital dtempat kelahirannmu 6 tahun lepas. Kami mengimbas kenangan lalu disaat pertama hingga akhir hayatmu. Indahnya hadirmu duhai anakku arwah Feqah Insyirah.
Terima kasih buat Along & Mukhriz yang amat memahami perasaan mama & papa. Mama & papa tahu kamu juga kuat mengarungi ujian ini dan melawan perasaan disaat rindukan adikmu. Ya Allah, berikan kekuatan dan kesabaran buat kami sekeluarga.

No comments:
Post a Comment